Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Atau barangkali juga kata-kata cinta yang pernah kami ucap dulu sudah menjadi kata-kata basi. Tidak diguna pakai pada dekad ini. ANNA Strategi Anna untuk melupakan kekasih pertamanya berjalan lancar. Dia melakukan segalanya yang dia percaya akan dapat melupakan lelaki itu. Dia memulakan janji temu dengan lelaki lain yang diaturkan oleh Aamily dan mengelakkan diri sejauh mungkin sebagai cara menenangkan hatinya. Tetapi malang untuk Anna, takdirnya bukan semudah memilih untuk melupakan. Jalan hidupnya lain dari yang lain. Dan sewaktu dia mengangkat muka… dengan tidak disangka pandangan kami bertembung… setelah sekian lama. Wajahnya masih seperti setahun yang lalu. Tampan dan sedikit angkuh. Nafasku seakan tersekat. Dia seperti antagonis yang memiliki pandangan tajam. Lelaki antagonis yang dicipta semata-mata hanya untuk melukakan hatiku.