Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
KESUMAT - KHAIRUL AHMAD Ada seseorang memuja semangat gadis Itu dengan mengambli rambutnya lalu diletakkan pada satu patung yang sudah pun dijampi serapah. Tidak mudah untuk membuka kuncinya. “Seperti yang dikhabarkan pada kita. Sumpahan itu perlu dibuka kuncinya. Jika tidak adik hamba pasti tidak akan selamat.” – SHEIKH ISMAIL PATUNG VENA - JEEHAN Daripada kilauan kilat tadl, aku nampak susuk di dalam tab mandl sedang berada di dinding dengan muka sama seperti tadi, mata terbeliak dan mulut dia tersenyum. menakutkan aku. Seumur hidup aku. tak pemah aku nampak senyuman menakutkan seperti itu. “Kau nak apa hah!?” SHOU - FARHAH AIDDIN “Shou, Shou, bangun Shou! Bangun!” Aku menggoncang kuat tubuhnya. Berulang-ulang kali. “Hehehe! Dia sudah mati, Ilham. Dah mati!” Suara mengilai itu buat aku tergamam. Makhluk itu memeluk aku dari belakang. Dia melingkar di tubuh aku. “Sekarang, tunaikan permintaan aku pula. Bersatu dengan jasad aku!”