Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
“Cik Dian binti Azlan. Awak memang nak kena!” Satu suara keras akhirnya mencecah telinga Dian. Jelas lelaki itu betul-betul bengang dikenakan Dian. Dian terus melambak tawa. Dah tahu suara itu milik siapa. “Eh, suara Encik Sufian rupanya. Ingatkan siapa yang hantar mesej kat what apps dan hubungi saya tadi.” Dian tetap gelak. Dalam diam dia separuh lega kerana bukan Syafiq yang menghubunginya. “Hish....awak ni. Nakal ya. Kalau awak ni ada depan mata, memang saya cium juga awak ni.” Akhirnya suara tawa Sufian turut kedengaran. “Eleh...berani ke nak cium? Propa lebih aje ni, bukannya berani buat pun!” Dian mencebik. Saja nak menyakat lelaki itu. “Apasal pulak saya tak berani buat!” balas Sufian. “Yalah tu. Tak ada depan mata, bolehlah cakap. Dah ada depan mata, saya berani kerat jari yang encik tak berani nak buat.” komen Dian bersama sisa tawa. Namun hakikatnya dia lebih bercakap pada diri sendiri. Beranilah provok lelaki tu sebab tahu lelaki tu tak akan muncul depan mata sekarang. “Katakanlah saya ada depan mata awak, awak izin tak saya cium awak?” Provok Sufian pula. Dian terdiam. Tak mampu nak fikir. “Tak. Saya tak akan izinkan lelaki yang haram untuk menyentuh saya. Apalagi mencium pada mana-mana tempat ya! Sorry,” ujar Dian. Sekali gus memberi peringatan keras. “Tapi awak lupa, saya dah pegang awak. Cuma tak sempat nak cium awak aje sebab masa tu kita belum halal. Kalau halal...” suara Sufian yang begitu ceria membuat Dian tertelan liur. “Erk,” Dian garu kepala. “Tak apalah encik. Saya banyak kerja ni. Kita borak lain kali ya. Lain tahun pun tak apa.” Dian mula segan. “Kenapa? Tak sudi berborak dengan saya sekarang ke?” soal Sufian dengan nada berjauh hati. “Bukan tak sudi cuma...” Dian kehilangan kata. “Jadi awak sudi ya.” tutur Sufian. Suaranya kembali ceria. “Sudi? Sudi apa?” Dian blur sekejap. Tadi matanya terlihat wajah Sarah yang tersenyum-senyum memandangnya. “Sudi jadi isteri saya.” ujar Sufian. “Hah....tadi kita cakap pasal lain kan?” Dian ketap bibir. Terkena dia. Sufian ketawa. “Okeylah. Kita jumpa petang nanti ya.” suara Sufian masih lagi kedengaran ceria akibat sisa tawa yang masih belum hilang. “Hah....encik dah balik sini ke? Kata tiga hari ada kat KL. Ni baru dua hari.” Dian tersentak. Sekali lagi kedengaran suara tawa Sufian. “Rindu. Tak sabar nak tatap wajah si buah hati.” ulas Sufian. Dian mencebik. “Awak pun mesti rindukan saya kan? Betul tak?” tutur Sufian. “Tak. Tak rindu pun.” Dian menjawab penuh yakin. “Eleh, malu nak mengakulah tu!” usik Sufian kembali gelak. Ceria bukan main lagi nada suaranya. “Mana encik tahu saya rindukan encik atau tidak? Hati dan perasaan saya, mana encik tahu? Bukannya boleh nampak.” tempelak Dian. “CCTV kan ada. Jadi semua benda yang berlaku dekat ofis tu saya boleh tahu terutama sekali perkara tu melibatkan awak.” tutur Sufian penuh yakin. Serentak itu juga Dian mendongak kepala mencari cctv. “Awak tengah cari cctv kan sekarang?” soal Sufian. Dian kaku. Aik, tahu pula dia apa aku tengah buat apa. Agaknya betullah tu. Dia boleh nampak apa yang sedang berlaku dekat ofis. “Ha....Dah kantoi kan.” Sufian gelak lagi. “Okeylah encik. Saya kena pergi bilik kecik ni. Kita sembang lain tahun la ya!” Dian cari alasan. “Okey. Tak payah tunggu lain tahun. Kita jumpa aje petang nanti. Bye. See you. I miss you!” terus Sufian matikan talian. Dian termenung. Masih ulang balik kata-kata terakhir Sufian. Hai, seram pula rasanya mendengar ayat `Bye. See you. I miss you!` Betul ke lelaki itu dah ada kat sini? Siap nak jumpa petang nanti. Kalau betul, macam mana ni? “Amboi-amboi....baru selesai bercakap pun, tak habis rindu lagi ke?” Sarah menegur tiba-tiba. Bukan main lebar lagi senyuman di wajahnya. “Eh, mana ada!” dalih Dian. “Bos yang called tadi kan?” Sarah memandang wajah Dian. Dian diam. Serba salah nak mengaku. “Betullah ya?” Sarah kembali mengukir senyum sebab dia yakin bahawa Sufian lah yang bercakap dengan Dian tadi. “Macam mana bos tahu nombor phone Dian?” Dian pandang wajah Sarah. “Bos yang minta. Takkanlah akak tak nak bagi.” Dian mengetap bibir. “Tapi sebelum dia dapat nombor phone Dian, dia kena bagi pengeras dulu tau.” Sarah menayang sengih. “Pengeras?” “Aha....pisang berangan setandan. Ayam golek seekor.” beritahu Sarah sebelum berlalu. Selepas itu dia gelak-gelak sebelum berlalu pergi. Sengaja membiarkan Dian penasaran.