Popular
Popular
0

Jumlah 0produk dalam troli anda. ×

Anda tidak mempunyai item di troli pembelian anda.

' Patah 'Dijumpai 151 Produk Berkaitan
Oleh Fara Hana
Hari bahagia Jelita dikotori dengan kes tangkap khalwat bakal suaminya sendiri saat dia berdebar menanti waktunya mereka akan diijabkabulkan. Jelita kecewa dan rasa terpukul dengan insiden tersebut lalu melarikan diri tanpa berpaling lagi. Pernikahan dibatalkan dan Jelita akhirnya memencilkan diri di dalam sebuah suite hotel mewah tanpa menyedari bahawa pekerja hotel telah tersalah memberikan kunci bilik kepadanya. “Who the hell are you? What are you doing here Maklumat lanjut
ASAL: RM35.00

SEKARANG: RM 35.00 (-0%)

AHLI: RM 31.50 (-10%)

Oleh Arif Zulkifli
Moga suatu hari, kita pulang tanpa rasa sunyi ___ Abi Umi ni tak pernah faham Ain! Semua pilihan Abi dan Umi, tak pernah Ain bantah walau sekali. Setiap kali Ain suarakan keinginannya, semuanya ditentang. Sehingga ada rahsia yang Ain pendam daripada pengetahuan Abi dan Umi. Tak pernah diceritakan kepada sesiapa sebab merasakan dirinya jijik dan berdosa. Apatah lagi, Abi dan Umi orang terhormat. “Jangan menangis. Malu kat orang yang tengok Ain." Jika mereka tidak pernah Maklumat lanjut
ASAL: RM32.00

SEKARANG: RM 32.00 (-0%)

AHLI: RM 28.80 (-10%)

Oleh Rehan Makhtar
Kerana dia adalah pilihan-Mu BIARLAH masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kisah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak… tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama. Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 22.50 (-10%)

AHLI: RM 20.00 (-20%)

Oleh Faraa Musa
Ternyata beberapa tahun/bulan/hari kebelakangan ini cukup berat,ya? Telah banyak hal yang kita korbankan mulai dari ketenangan fikiran dan perasaan sehingga segala harapan dan segala keinginan yang selama ini kita idam-idamkan. Didewasakan oleh keadaan dan takdir bukanlah hal yang buruk, kerana dengan itu kita tahu sedih hanya sementara dan dari patah kita belajar untuk tumbuh.Hakikatnya, kita semua sedang sembuh dan tumbuh dari luka kita masing-masing. Buku ini bukan tenta Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Jiwa
Sudah ribuan purnama yang kamu lewati, namun matamu masih sulit terpejam pada waktu malam yang tepat. Di setiap pejam mata yang dipaksa, di setiap posisi tubuh yang berganti, ada wajahnya yang kamu bayangkan. Orang yang pernah datang dengan sejuta impian, memberi harapan dan rasa nyaman yang dalam, kini hilang tanpa ditinggalkan sepatah alasan, melainkan setitik kenangan untuk temani malam. Keadaan rapuh serapuh-rapuhnya, sayapmu patah sepatah-patahnya, malam tak pernah sebis Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Alfialghazi
Aku akan menempuh sejauh manapun jalan itu terbentang, sepanas manapun mataharinya, sedingin manapun malamnya. Hanya saja, bila takdir telah sampai dan ternyata harapanku bukanlah Tuhan. Maka apalagi yang bisa aku lakukan? Selain menerima bahawa inilah sebaik-baiknya pilihan. Sudah kukatakan, aku siap patah kerana cinta, tapi aku tak akan pernah siap kehilangan Allah. Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Aiman Amri
Sama ada mahu akui ataupun tidak, kita semua pernah terluka dan tercedera emosi. Ada yang berlaku semasa kita masih kecil, dan mungkin keadaan telah memaksa kita untuk memendam apa yang dirasa. Namun hakikatnya luka itu sentiasa ada. Ia menjadi beban emosi apabila kita masuk ke alam dewasa. Jadi bagaimanakah kita boleh move on dengan luka masa lalu yang menghantui sehingga hari ini? Adakah kita perlu berpatah balik masa untuk memperbetul segalanya? Atau cukupkah kita hanya pe Maklumat lanjut
ASAL: RM35.00

SEKARANG: RM 35.00 (-0%)

AHLI: RM 31.50 (-10%)

Oleh Khairul Anuar Basri , Muhd Kamil Ibrahim
Dulu-dulu, hanya mereka yang alim agama bertugas dalam tugas mengajak. Lahirlah istilah pendakwah. Usaha mereka menjurus kepada hukum-hakam syariah. Lalu berdakwah – menyampai walau sepotong ayat – menjadi sukar. Batasan ilmu di dada menjadi penghalang. Terasa-rasa tidak layak dan ia bukan tugas kita. Dunia kini berbeza. Sempadan dunia mengecil. Jarak menjadi terlalu dekat. Teknologi memudahkan. Mad‘u yang datang dari pelbagai watak dan disiplin kelihatan lebih pintar d Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Rosze Abdullah
Idham meninggalkan tanah air hampir 10 tahun kerana membawa hati yang lara. Ariana pula memendam rasa sakit hati kerana kisah pahit kakaknya. Mereka bertemu dalam keadaan yang tak disangka-sangka. “Maaf, boleh saya minta nombor telefon cik tak?” - Idham “Maaf, encik. Saya tak berminat.” - Ariana Idham tetap mengejar gadis idaman yang dianggap sangat istimewa. Tiada istilah putus asa dalam kamus hidup seorang Ahmad Idham Shah.Di saat cinta baru berputik, kisah pahit Maklumat lanjut
ASAL: RM32.00

SEKARANG: RM 32.00 (-0%)

AHLI: RM 28.80 (-10%)

Oleh Elhaura Masyitah
Setiap orang pasti akan ada fasa-fasa yang baginya terasa begitu melelahkan. Menjalani hidup di titik paling terendah dan sering dipatahkan oleh keadaan. Sedih, kecewa, bersendiri yang mengejar seorang manusia itu untuk terus tabah menghadapi kenyataan. Semua itu yang membentuk seseorang menjadi lebih dewasa dalam menjalani pasang surut kehidupan. Semoga buku ini menjadi teman di saat hati terasa lelah, dan ingatlah “Ada lelah yang harus dihargai, agar ia menjadi harapan ya Maklumat lanjut
ASAL: RM35.00

SEKARANG: RM 35.00 (-0%)

AHLI: RM 31.50 (-10%)

Oleh Writernaz
Sayap yang pernah patah, bukan peghambat untuk terbang semula. The girl with a broken wings, itulah yang boleh diibaratkan dengan kisah hidup Bellisa Niliyyah. Luarnya tampak indah, serba serbi sempurna. Bak kata orang memang material girl. Tapi, andai sahaja mereka tahu di balik imej gadis periang, ada tersimpan parut luka dari masa lalu yang kelam. Ada tangis yang dipendam, ada teriakan suara yang tak didengarkan. Kepercayaan Niliyyah diperkotak-katik, maruah diri dipijak Maklumat lanjut
ASAL: RM29.00

SEKARANG: RM 29.00 (-0%)

AHLI: RM 26.10 (-10%)

Oleh Iddin Ramli
Terkadang kamu sembuh melalui kata. Terkadang kamu sembuh kerana kehadirannya. Terkadang kamu sembuh dengan sokongannya. Sekuat apa pun dirimu, tetap kamu perlu kepada yang lain. Anggap saja naskah ini adalah pujukan penulis buatmu agar kamu sedar yang kamu tidak bersendirian. Ada yang masih peduli dengan apa yang kamu lalui. Noktah yang memujuk, Hatimu perlu pujukan. Bacalah dengan hati yang mahukan kesembuhan. Pasti tuhan berikan jalan untuk kamu tidak selamanya berada d Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 27.00 (-10%)

AHLI: RM 24.00 (-20%)

Oleh Iddin Ramli
Patah Sayap Sebelum Sembuh mengisahkan kronologi kehidupan manusia yang pastinya mengalami fasa kejatuhan dan kesakitan yang paling melukakan. Setelah bahagia, kita akan terluka dek kerana pengharapan tertalu tinggi pada manusia. Tetapi sepekara yang kita mesti percaya. Semangat manusia boleh pulih semula dengan lebih baik jika kita meletakkan Allah di tangga paling teratas. Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Elyshakaman
Cukup dengan satu pertemuan, jantung Dhia Raihana berdegup kencang. Kacak! Cukup lengkap pakejnya! Itulah gambaran seorang Ehsan Eskandar di mata Dhia. Penampilan kawan baik abangnya itu buatkan perangai gatal seorang Dhia Raihana muncul. Dia mula mengejar lelaki itu. "Kau ni gila ke apa?” – Ehsan Eskandar. “Gilakan abang Ehsan.” – Dhia Raihana. “Boleh tak kau stop jadi budak-budak? Stop ganggu aku!"- Ehsan Eskandar. "Kalau Dhia ganggu juga? Apa abang Ehsan boleh Maklumat lanjut
ASAL: RM32.00

SEKARANG: RM 32.00 (-0%)

AHLI: RM 28.80 (-10%)

Oleh Abu Mazaya Al-Hafiz
Di tengah kehidupan moden di mana umat manusia mula hanyut terlena dengan kehidupan duniawi, ramai di antara mereka yang kehilangan panutan dan mengalami krisis nilai akhlak. Ajaran agama tidak lagi diendahkan, sifat saling menghormati antara satu sama lain kian memudar dan hukum yang berlaku kini adalah sama dengan hukum yang berlaku di dalam hutan belantara. Idola generasi muda masa kini adalah para artis, pelakon dan penyanyi, di samping saluran-saluran media jarang menamp Maklumat lanjut
ASAL: RM89.00

SEKARANG: RM 89.00 (-0%)

AHLI: RM 80.10 (-10%)

Oleh Iddin Ramli
Karya ini didedikasikan istimewa buat kalian yang pernah atau sedang berada dalam fasa yang meruntuhkan hingga sukar mencari jalan keluar. Ketahuilah dalam dunia ini, kamu tidak keseorangan. Betapa ribuan manusia di luar sana juga sedang memikul pikulan berat sepertimu. Dan pastinya, setiap bebanan di hujungnya nanti akan ada keringanan dan kemudahan. Realiti kehidupan itu benar memeritkan. Tidak seindah fantasi dan drama yang diakhiri dengan kemanisan. Belajarlah untuk bersa Maklumat lanjut
ASAL: RM35.00

SEKARANG: RM 31.50 (-10%)

AHLI: RM 28.00 (-20%)

Oleh Farhah Anuar
Menjadi perempuan kadangkala terasa melelahkan. Silap sedikit dipandang serong. Gigih berusaha dianggap terlalu mengejar sempurna. Lalau bagaimana? Perempuan bertumbuh bukan sekadar mempamerkan luaran, namun terlihat juga daripada dalaman. Perempuan bertumbuh tidak akan sesekali patah semangat jika tujuannya betul dan tepat. Perempuan bertumbuh terus berusaha mengenali potensi diri lalu berkembang dan menyebarkan manfaat. Seperti pokok yang berbuah, untuk hasilkan tuaian yang Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Najmi Fetih
Sedang leka terbang tinggi melewati langit bahagia, tanpa sedar sayap sendiri patah tersadung batu percaya. Sehingga terlupa yang aku juga manusia biasa, yang layak untuk mengalirkan mutiara kaca yang bergelar air mata. Mungkin atas dasar terlalu lama tersenyum gembira, kali ini aku jatuh yang benar-benar jatuh. Untuk kau yang masih berduka atau yang sedang dihantui kesepian, aku hadiahkan "Patahnya Sayap Harapan". Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Nurul Syahida
Malam yang penuh acara di SMKA Kota Senja atau lebih dikenali sebagai SMAX. Di Dewan Besar, para pelajar baharu sedang melalui proses orientasi. Di kelas-kelas dalam bangunan sekolah, para pelajar lama sibuk dengan aktiviti masing-masing. Tapi nun di tingkat bawah, bertemankan malap lampu kalimantang dan tersorok di balik koperasi sekolah, seorang pemuda bernama Hadi dan seorang gadis yang mahu digelar Dot menghabiskan waktu prep malam mereka dengan kisah-kisah seram yang pe Maklumat lanjut
ASAL: RM29.00

SEKARANG: RM 29.00 (-0%)

AHLI: RM 26.10 (-10%)

Oleh Melni
“Kalau kau asyik fikir nak bahagiakan orang lain, siapa akan bahagiakan kau?” Sejak kecil, Adlina merasakan bahawa dia hanyalah pilihan kedua semua orang — termasuklah ibunya sendiri. Adlina sanggup berkorban apa saja agar suatu hari, ibu bangga dengan kewujudannya. Dunia Adlina runtuh apabila impian yang sudah lama disimpan, dibangkang ibunya. Lebih hancur tatkala dia cuba dijodohkan dengan seseorang yang dia benci. Adlina terus memendam rasa dan menjauhkan diri. Maklumat lanjut
ASAL: RM32.00

SEKARANG: RM 32.00 (-0%)

AHLI: RM 28.80 (-10%)

Oleh Charissa Ong.T.Y
Setelah 8 tahun diterbitkan, naskhah sulung Charissa Ong Ty, “Midnight Monologues”, kini diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia oleh Jack Malik. Monolog Malam meneroka perihal patah hati, cinta berputik, serta cereka ajaib melalui sudut pandang baharu dan lensa budaya. Naskah ini sesuai untuk setiap peringkat umur. Maklumat lanjut
ASAL: RM33.00

SEKARANG: RM 33.00 (-0%)

AHLI: RM 29.70 (-10%)

Oleh Froszrine
Lahir sebagai anak luar nikah membuatkan Anna tidak dapat menerima dirinya sepenuhnya. Apatah lagi dia sering dicaci dan dihina sehingga terbitnya rasa dendam dalam diri Anna. Lalu, pelan mula dirangka. Tak ada trik lain ke nak buat? Tumpahkan minuman ke baju tu dah lapuk. Menghadiri majlis ulang tahun ayahanda dan bonda angkatnya, mempertemukan Anna dengan Irfan dan Fathur. Irfan yang baik dan Fathur yang menyakitkan hati. Irfan tak pernah serius dengan mana-mana peremp Maklumat lanjut
ASAL: RM36.00

SEKARANG: RM 36.00 (-0%)

AHLI: RM 32.40 (-10%)

Oleh Syud
Dia tu macam... vignette. Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tiada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi. [i] Kata Najiha: “Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira. “Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok.” Dia berhijrah untuk memulihkan hatinya yang sedikit calar. Calar yang tak ada kesan pun… kan? “Najiha.” Dia memperkenal Maklumat lanjut
ASAL: RM36.00

SEKARANG: RM 36.00 (-0%)

AHLI: RM 32.40 (-10%)

Oleh Rose Harissa
Mikanadira, tidak pernah bermimpi akan memiliki seorang lelaki bergelar komando dalam hidupnya. Apatah lagi lelaki itu datang dari salah satu elemen di bawah naungan 21 GGK, Skuadron Uniform — 11 RGK. Kematian papanya akibat terbunuh dalam satu insiden pergaduhan membuat Mika membenci anggota-anggota pasukan beruniform. Tapi takdir menemukannya dengan Umar Alhaidhar dalam tiga pertemuan yang dia sendiri tidak sedari lelaki itu adalah orang yang sama. Orang kata cinta itu b Maklumat lanjut
ASAL: RM29.00

SEKARANG: RM 29.00 (-0%)

AHLI: RM 23.00 (-21%)

Oleh
*Susunan karangan mengikut tema dalam buku teks *Penggunaan ayat yang mudah difahami oleh murid *Jumlah patah perkataan yang sesuai untuk murid tahap satu *Mempunyai sudut Mengenal Kata untuk membantu murid memahami maksud perkataan dalam karangan Maklumat lanjut
ASAL: RM6.90

SEKARANG: RM 6.90 (-0%)

AHLI: RM 6.90 (-0%)

Oleh Hafizul Faiz
Ketika dunia menekan kita dari pelbagai arah, al-Quran datang menawarkan cara untuk menyerah. Ketika dunia memaksa kita untuk menjadi terlalu peduli dengan semua hal dan peristiwa, al-Quran datang membimbing kita untuk bertenang, dan cintailah diri sendiri sedalamnya. Ketika dunia menjadi tidak adil, al-Quran memberitahu kita bahawa ketidakadilan di dunia hanya boleh dipatahkan oleh keadilan di syurga. Ketika dunia menyuruh kita berlumba-lumba, al-Quran menyuruh kita untuk be Maklumat lanjut
ASAL: RM49.00

SEKARANG: RM 49.00 (-0%)

AHLI: RM 39.00 (-20%)

Oleh Imran Zaki
Hari akan berlalu, tetapi tak semua patah akan tumbuh, dan tak semua hilang berganti. Memang begitulah akhirnya. Kita cuma harus belajar untuk hidup dengan kesedihan yang dalam itu. Kita akan berkawan dan berteman dengannya. Ia adalah senarai memori yang berat, tetapi sekurang-kurangnya kita tetap mahu ada cara untuk mengenangnya, antaranya lewat air mata. Lalu Allah SWT menyebutkan kepada jiwa yang tenang, pulanglah. Kembalilah kepada Tuhan yang selalu mendengar. Maklumat lanjut
ASAL: RM49.00

SEKARANG: RM 49.00 (-0%)

AHLI: RM 39.00 (-20%)

Oleh Dr. Rohaily Al-Jawhary
Keberkatan dalam hidup menganugerahkan kita ketenangan jiwa, kedamaian hati, keselesaan, kebahagiaan dan kesempurnaan. Malah segalanya menjadi cukup dan lengkap dengan keberkatan. Bersama berkat yang sedikit akan mencukupkan, apatah lagi bila banyak melimpah, tentu ramai yang dapat berkongsi, merasa keberkatannya. Bila dilimpahi berkat, nikmat yang diterima pasti mencukupkan, menenangkan dan membahagiakan. Malangnya, tanpa berkat yang banyak tidak akan mencukupkan, apatah lag Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 20.00 (-20%)

Oleh Harleen
✿ INTERNET DEATH ANGEL ✿ Kaca yang retak tidak mungkin memantulkan bayangan sempurna, sebab itu kita sentiasa diberi pilihan dalam kehidupan. Dan ini... pilihan yang Naina keliru untuk putuskan. Sangkanya, dia hanya perlu menunggu dua tahun dan mereka akan bersama semula sebagai pasangan yang sempurna. Namun, berita Hazrael yang melarikan diri dari penjara secara tiba-tiba telah mematahkan harapan Naina. Apatah lagi dia memilih untuk kembali kepada ke Maklumat lanjut
ASAL: RM31.00

SEKARANG: RM 21.90 (-29%)

AHLI: RM 21.90 (-29%)

Oleh Farhah Aiddin
Bagaimana mungkin kisah kita ternoktah? Seusai hujan, ada yang berharap datangnya pelangi. Namun, seindah apa pun pelangi yang menyapa akhirnya akan menghilang. Seperti itulah lakaran kehidupan. Hidup memerlukan sinaran matahari dan badai hujan namun kadang kala pelangi menutup sebuah cerita luka yang menjadi rahsia. Ya, rahsia. Semua orang ada rahsia. Sama ada sedar atau tidak, ada antara kita yang sedang menjadi watak utama dalam rahsia orang lain. Dia gadis yang hidupn Maklumat lanjut
ASAL: RM33.00

SEKARANG: RM 29.70 (-10%)

AHLI: RM 26.40 (-20%)

Oleh Hamka
“Jika kita tidak pernah pun mempersoal keadaan setelah kita begitu enak hidup di zon selesa, how dare we claim that we have nothing to do with the sufferings of others?” Membaca satu demi satu cerita pendek yang mengumpulkan kisah air mata, kesedihan, dan rintangan yang dideritai oleh segolongan manusia di muka bumi ini, membuat saya sedar begitu banyak hal yang masih perlu saya betulkan di hidup sendiri. Awalnya saya kurang mengerti mengapa setiap cerita berakhir denga Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

121-271 of 151

Page:
  1. 1
  2. 2
  3. 3
*

Back to Top