Popular
Popular
0

Jumlah 0produk dalam troli anda. ×

Anda tidak mempunyai item di troli pembelian anda.

' Politik suara rakyat 'Dijumpai 260 Produk Berkaitan
Oleh Zaza Qry
Aku memilihmu kerana aku sudah terbiasa dengan kehadiranmu. Irfana Marlis memerangkap! Dia tidak segila itu hanya kerana mahukan seorang suami! Dia pun tak pernah inginkan seorang suami. Tapi, dia dituduh berbuat demikian kerana lelaki yang dibawa pulang Iswadi itu orang kaya. Sudahlah hidupnya tidak seindah mana tinggal dengan ibu dan bapa saudaranya. Ditambah pula dengan masalah baru. Kena pula berkahwin dengan Fadi Ayyad yang muka masam sentiasa. Memang taklah! “I Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh San San
Masa bermain depan sebuah rumah usang, kedengaran satu suara pelik. Padahal rumah tu tak berpenghuni. Tapi... bila intai di sebalik pintu tu... arghhh!!!'Dia' ada kat mana-mana je. Jadi kalau rasa macam ada yang memerhati dari belakang pintu... jaga-jaga! Maklumat lanjut
ASAL: RM12.00

SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

AHLI: RM 10.80 (-10%)

Oleh Miz Amaryllis
“Awak sejak lahir memang cantik dan sempurna macam ni ke?” – Ahmad Danish Arman “Awak mesti terlebih minum air gula. Apa yang keluar dari mulut awak, manis belaka.” - Nur Shahwatul Islam Betul kata orang. Bila hati dah terpaut rasa suka, sikit cela pun tak nampak dek mata. Tapi bila yang sempurna itu ternyata hanya luaran semata-mata, mulalah bertingkah kata, mencari cela yang ada lalu berpaling muka. Yang menjadi isunya bila dah bersusah payah move on, terjadi pula Maklumat lanjut
ASAL: RM39.00

SEKARANG: RM 39.00 (-0%)

AHLI: RM 35.10 (-10%)

Oleh Mimie Afinie
Tertipu oleh Harris Shah yang mengaku bujang walhal sudah berkeluarga, Sofea Hana mengambil keputusan untuk lari dari lelaki itu. Dia tak mahu jadi perosak rumah tangga orang. Tinggal di kampung tok ma dan tok ayah dengan harapan dia akan mendapat ketenangan. “Awak yang tinggalkan dia, dah kenapa awak berkelakuan macam orang tak siuman terjerit-jerit kat tempat awam macam ni?” - Jeffry. “Eh, saya kenal awak pun tak, tiba-tiba nak menyibuk tentang saya ni, apa hal?” Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Rina Farizq
HUN ISKANDAR tak pernah terfikir seorang Instafamous muda akan muncul dan mahukannya. Apa lagi sampai memanggil, Love pula! “Hello, Love.” “Why do you want me, Lea Andrea?” “Sebab you handsome.” “Beritahu saja apa sebenarnya yang you nak.” “You bukan saja bertubuh tegap tapi berpenampilan menarik. Good looking. You tak macam kebanyakan lelaki yang sama umur dengan you. Tak stail pak cik-pak cik. You tak nampak tua. Muka dan gaya you tak macam orang yang beru Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Iman Fadia
Kiriman jambangan bunga tulip daripada seseorang yang hanya dikenali sebagai Kekasih Tulip telah membuatkan seluruh hidup Juliana diselubungi teka-teki. Sudilah terima jambangan tulip ini. Jika diizinkan Tuhan, kita akan bertemu satu hari nanti. – Kekasih Tulip. Zafril… abang kepada Zara, kawan baik Juliana pula mendesak Juliana agar bertemu dengan Ray yang sedang terlantar koma di hospital. “Kenapa kau nak sangat aku jumpa dia?” - Juliana. “Kau akan tahu juga nant Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Qis Nur Harraz
Every rose has its thorn. Begitu juga dengan kasih sayang, pudarnya ia tak pernah terduga. “Anak angkat tetap anak angkat. Walau kita usaha untuk jadikan dia ahli keluarga dan mahram kita, status dia tetap tak pernah berubah! Dia bukan darah daging kita! Dia bukan ahli keluarga ni!” – Tuan Azri Menjadi anak yang taat dan tidak pernah ingkar, Harriz Murray lelaki berdarah kacukan Melayu-Inggeris terus disingkir jauh daripada keluarga Tuan Azri. Semuanya kerana dia ti Maklumat lanjut
ASAL: RM29.00

SEKARANG: RM 29.00 (-0%)

AHLI: RM 26.10 (-10%)

Oleh Norshiemah Md Yasan
“Setia di sisi bersama cinta yang tidak akan dilepaskan pergi.” Berkahwin dengan bapa ayam? Lintah darat? Memang kerja gila! Qaisara tidak menyangka, Pak Borhan sanggup mahu menjodohkannya dengan lelaki seperti itu demi mahu melunaskan hutang judinya. Jadi, untuk mengelak perkara itu daripada berlaku, Qaisara berfikir ada baiknya kalau dia cepat-cepat berkahwin dengan lelaki lain. Tapi, masalahnya dia mana ada pakwe. Dan mana pula mahu dia mencari lelaki yang boleh dijad Maklumat lanjut
ASAL: RM33.00

SEKARANG: RM 33.00 (-0%)

AHLI: RM 29.70 (-10%)

Oleh Elvroseth
“Kiss or kill?” BLURB: Empero. Sebuah empayar yang gah di mana bandar utamanya terletak di Roman Hispania. Mereka yang beragama hidup dalam ketakutan dan golongan pagan mula menguasai kemanusiaan dengan konsep Homo Deus. Dan di sini, lahirnya seorang puteri yang tidak bermahkota dan tidak bertakhta. Sultanah Lilith Alai’syah. Itu gelaran yang sepatutnya disandang. Dia hidup tanpa beristana dan tanpa emas permata menyaluti tubuhnya. Sehingga suatu hari, dia bertemu den Maklumat lanjut
ASAL: RM38.00

SEKARANG: RM 38.00 (-0%)

AHLI: RM 34.20 (-10%)

Oleh Fitri Umairah
"Aku tahu, kau ada dekat sini. Aku tahu keadaan kaki kau. Semua tentang kau, aku tahu Nisa'." Suara itu diam tiba-tiba. Dia tersenyum. "Jangan cuba nak lari... sebab aku..." Suara itu berhenti berkata. Lama... "Dah jumpa kau!" Tidak semena-mena wajah yang mengerikan itu muncul di depan Nisa'. SELAMAT datang ke Pulau Merindu. "Aku ada empat helai tiket nak ajak kau orang pergi ke satu pulau ni. Nak ikut tak?" ~ Nisa' "Apa mimpi kau ajak kita orang bercuti? Kena loter Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Mohamed Nasser Mohamed
30 warkah penyumbang yang termuat di dalamnya adalah suara hati, iltizam dan harapan rakyat Malaysia yang diwakili oleh mereka. Ini bukan surat peribadi. Ini adalah lontaran hasrat dan impian untuk dunia yang lebih aman berakauntabiliti dan yang paling penting lebih manusiawi. Harapannya, 30 warkah yang disumbangkan ini mampu menjentik akal budi seorang Presiden yang dewasa bersama pengalaman sebagai manusia yang sering diuji selain mangli dengan sepak terajang politik selama Maklumat lanjut
ASAL: RM40.00

SEKARANG: RM 40.00 (-0%)

AHLI: RM 36.00 (-10%)

Out of stock

Oleh Eyyma Madyusa
“Aatiff, saya suka awak!” Seorang di Sepanyol dan seorang lagi berada di Malaysia. Kerana enggan berkahwin dengan pilihan orang tuanya, Qatimah lari membawa diri ke Sepanyol dan takdir tidak dijangka mempertemukan Qatimah dengan Aatiff Dario si pemain bola sepak kelab Real Madrid yang sebenarnya berbangsa Melayu-Spanish. “Don't you wanna know where I come from?” — Qatimah “Where are you come from miss?” — Aatiff “I come… from… tulang rusuk awak yang hil Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Jaja Ahmad
Sekecil-kecil pembohongan mampu merosakkan sebesar-besar kepercayaan. Nama yang tertera dalam wasiat Allahyarhamah Dato’ Sri Hamra telah membawa Freda ke rumah agam di Kuala Kangsar. Kehadirannya di situ bukanlah kerana harta, tapi ada sesuatu yang dia cari. Tetapi bagi penghuni rumah agam pula, kepulangan Freda adalah sesuatu yang dinanti. Ya, kepulangan…. Dan yang paling menantikan kepulangannya adalah Leo Huzair, pemilik bersama rumah agam tersebut. Seperti mana Freda Maklumat lanjut
ASAL: RM27.00

SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

AHLI: RM 24.30 (-10%)

Oleh Wan Nurnajihah
Menjadi cinta terakhir… jauh lebih sempurna. HAZRAIN & SHIMA – Sepuluh tahun bercinta, tiga bulan bahagia menjadi suami isteri… indah! Tapi, saat inai masih merah di jari... Shima menghembuskan nafas terakhir. Hazrain menderita! Seseorang dalam ahli keluarganya telah dipersalahkan sepenuhnya atas kematian isteri tercinta. “Gemuk badak air!” Itu kata-kata hinaan yang diterima oleh Jasmin dua belas tahun lepas. Anehnya, sehingga kini dia masih tidak lupa gerangan yan Maklumat lanjut
ASAL: RM27.00

SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

AHLI: RM 24.30 (-10%)

Oleh Nurhayati Ishak
“Boon, you pergilah temankan Denis kat kereta sana. Kesian pulak dia memandu balik seorang-seorang.” Kerah Josen. Pantas Bunga rungkai tali pinggang keledar.“Tak payah!” jerkah Dee George. Bunga baru sahaja buka pintu kereta dan keluarkan kakinya letak atas tanah. Dee George tiba-tiba jerkah dengan kuat. Sampai terangkat terus kakinya masuk ke dalam kereta semula. Perlahan-lahan dia tutup pintu. Geram jugak dia. Terkejut macam nak mati! Dia lihat Josen sudah mengur Maklumat lanjut
ASAL: RM27.90

SEKARANG: RM 27.90 (-0%)

AHLI: RM 25.11 (-10%)

Oleh Cik Mardiah
Kenapa perlu katakan benci kalau masih sayang? MAYSARA MALEK. Seorang gadis periang yang sangat enjoy dengan kerjayanya sebagai seorang tukang cuci a.k.a cleaner di KLIA. Apa pun kata dan pandangan orang padanya, dia buat tak endah saja. BENJAMIN ABDULLAH. Kapten juruterbang yang hidupnya cuma dengan Puan Maria, ibu tercinta. Peristiwa lampau dua puluh lima tahun lepas menjadikan Benjamin seorang lelaki ‘beku’ dan pendendam. PLOY PRASERT. Dia terbang dari Thailand ke M Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Miss Cactus
Tanpa kata, kau membuatkan aku mengenal cinta…. Tanpa kata, kau memberikan aku cinta…. “Kalau betul kau sayangkan aku, aku nak kau hadir masa hari pernikahan aku. Lagipun, kau mesti nak tahu siapa bakal madu kau.” Kejam!!! Itulah yang Bunga rasakan. Hanya kerana tidak mampu melahirkan zuriat, Hadif tegar menduakan dirinya atas sokongan Umi Habibah. Di saat badai melanda, muncul seorang lelaki misteri dalam hidupnya. “Attaf….” “Good. Remember my name, pretty Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Tasha Sain
Walaupun tidak bersua, kita melihat matahari dan bulan yang sama…. WAFIYAH… Seorang ibu tunggal yang memilih untuk menjadi pembantu rumah untuk mendapatkan duit sewa rumah dan membawa anaknya, Iman bersama ketika bekerja. Tapi, menjadi pembantu rumah kepada pelakon famous kontroversi itu tak pernah terlintas dalam fikirannya. AMAR RIZQI… Pelakon lelaki yang famous dengan kontroversi tapi, tak pernah dapat watak hero. Walaupun kacak, perangainya tak serupa orang dan ta Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Intan Aidda
Pembunuhan misteri berlaku, tanpa petunjuk mahupun motif yang jelas. Satu per satu mangsa ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Heboh khabar angin dicanang, bahawa itu semua angkara Joko Ronggo. “Kami orang kampung rasa terancam. Kami tak nak mati. Kami tak nak jadi mangsa korban si Joko Ronggo tu.” - Mail Dalam diam, ada seseorang yang menyimpan dendam. Dek rasa marah yang semakin menguasai diri, teganya dia menyebarkan fitnah. “Dia puja semula semangat Joko R Maklumat lanjut
ASAL: RM24.00

SEKARANG: RM 24.00 (-0%)

AHLI: RM 21.60 (-10%)

Oleh Ateen Khalid
Tatkala rumah Tyara Ailana, seorang pelakon dipecah masuk oleh seorang peminat yang obses, Tengku Firas mengarahkan Luthfi Alzidan untuk melindungi wanita itu. Luth berat hati pada mulanya untuk menerima tugasan itu mengenangkan ‘siapa’ Tyara pada Tengku Firas namun, saat fikirkan keluarga di kampung… dia terima. Pertama kali bertentang mata dengan Luth, Tyara tergamam. Malah semakin Tyara mengenali lelaki itu, dia semakin menyenangi lelaki itu. Terutamanya ketika lelak Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Sai Amrose
Kisah dua belas tahun lalu memberikan kesan yang mendalam pada jiwa Harleena. Tanpa sedar, tercipta sebuah dendam terhadap keluarga Haji Rahmat. Tiada cara lain kecuali dia masuk ke dalam keluarga itu dengan memakai dua wajah demi ‘menggoda’ dua hati. Dia akhirnya berjaya. Segala cerita bermula dengan penuh tersusun dan dendam yang dia bawa selama ini pasti akan terbalas. Itu sahaja niatnya yang satu – merosakkan kebahagiaan keluarga Haji Rahmat supaya mereka sekeluarga Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Emma Zara
Lima belas tahun di New York, Aireen Amanda akhirnya pulang ke Malaysia untuk menagih kasih ibu bapa kandungnya yang telah lama membuangnya sejak daripada kecil. Tiba di Malaysia, sekali lagi Aireen didajalkan oleh kakak angkatnya, Maisarah. Kerana Maisarah, penampilan dan wajahnya yang cantik sudah tidak ubah lagi seperti seorang gadis gothic. Aireen semakin dibenci. Zhariff Iskandar…. Lelaki yang paling digeruni Aireen sejak di New York lagi apabila Aireen tidak sengaja m Maklumat lanjut
ASAL: RM27.00

SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

AHLI: RM 24.30 (-10%)

Oleh Wazura Ramly
Dunia yang berbeza bagai langit dan bumi, bukankah ada udara yang berada di antaranya dan menyatukan kedua-duanya? Mereka dari dunia yang berbeza, ibarat langit dan bumi! Si jejaka dari dunia bergemerlapan, popular, glamor dan digilai ramai. Si gadis pula dari dunia pendidikan, cendekiawan, glamor dalam kelompok tersendiri. Tidak diduga dan tidak dirancang, pertemuan ini telah mengikat kedua-duanya. Felix Iskandar... kariernya berada di kemuncak, segala-galanya tersusun rapi. Maklumat lanjut
ASAL: RM27.00

SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

AHLI: RM 24.30 (-10%)

Oleh Syu Ariani
… yang memberi aku perasaan itu. TIGA tahun terpisah dan kemudian bertemu semula, Nurul Aileen tidak mampu menyorokkan perasaannya terhadap Adam Haidar. Kerana sememangnya, hatinya hanya menginginkan Adam. Hanya dia! Tetapi… “Ada apa dengan kita?” – Adam Haidar Layanan dingin Adam jauh berbeza dengan setiap gerak-gerinya. Aileen yakin Adam turut berkongsi perasaan yang sama dengannya. Namun sayang, tidak semudah itu. Di antara Aileen dan Adam, ada satu tali penghub Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Elvroseth
Puteri Ajla Zulaikha. Seindah-indah kisah di antara kisah. Di matanya, ada seorang lelaki, bermata biru, senyuman manis bagai madu. Di matanya, lelaki itu harus dia kejar, harus ada di dalam genggaman tangannya, harus ada di dalam hatinya. Dia akan dapatkan lelaki itu walaupun maruahnya diragut dan egonya tiada. Dia bersumpah, dia akan kejar Yousuf sampai mati! Muhammad Yousuf Bin Abdullah. Seindah-indah mata biru yang memandang. Di matanya, Zulaikha gadis yang bijak, berani, Maklumat lanjut
ASAL: RM35.00

SEKARANG: RM 35.00 (-0%)

AHLI: RM 31.50 (-10%)

Oleh Cahaya Ainn
Disebabkan terdesak, Shamsuria terpaksa menerima tawaran sebagai pemandu peribadi dan bodyguard kepada Tuan Syed Faeq. Walaupun gaji yang ditawarkan agak lumayan, namun tidak mudah untuk bekerja dengan lelaki bernama Syed Faeq. Keadaan semakin rumit apabila Syed Faeq menyangkakan yang dirinya seorang lelaki! “Take off my cloth.” ~ Syed Faeq “Saya akan...tanggalkan...tapi...dengan satu...syarat.” ~ Shamsuria “Oh, really? Apa syaratnya?” Lelaki itu bertanya sinis. Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Kana Matsu
Ungkapan cinta teruna dan dara.Ada kisah cinta bertepuk sebelah tangan dan ada kisah suka sama suka. Tidak dinafikan ungkapan cinta yang bergema dalam hati pasti cetuskan aura kasih sayang.Diwarnai dengan firasat cinta oleh tokoh terkenal dunia seperti fashion designer Perancis; Gabrielle Bonheur 'Coco' Chanel, penulis dari Jerman; Johann Wolfgang von Goethe dan politikus Mahatma Gandhi.Hayati komik shoujo penuh emosi oleh mangaka popular yang mempunyai cita rasa menakjubkan. Maklumat lanjut
ASAL: RM12.00

SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

AHLI: RM 10.80 (-10%)

Oleh Fizziany
Naufal Hadi, bapanya seorang ahli politik terkemuka negara. Ibunya, seorang ahli perniagaan berjaya. Punyai seorang kakak yang amat prihatin terhadapnya. Namun, dia leka dan gemar berfoya-foya. Menghabiskan masa muda dengan perkara sia-sia. Hidup langsung tak kenal erti tangungjawab sementelah sejak kecil, semuanya sudah tersedia depan mata. Sehinggalah satu ketika, dia terlanggar seorang lelaki dengan anak kecilnya sehingga menyebabkan kematian. Bagi seorang Izara Hana, ke Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Ciknorcinta
Seseorang telah memusnahkan seluruh jiwa raganya dan menghilang pergi tanpa bayangan. Tanpa berfikir baik buruknya, Alia mencari lelaki yang mampu menjadi galang gantinya. Dia bertemu dahan untuknya berpaut, tetapi bukan itu yang dia mahu. Seluruh jiwanya memberontak mahukan pembelaan, namun tekanan demi tekanan membuatkan dia semakin penasaran. “Apa hal awak nak peluk-peluk cium saya ni? Saya tak suka tahu tak? Berapa kali nak cakap? Tak faham bahasa ke apa? Jangan kerana Maklumat lanjut
ASAL: RM36.00

SEKARANG: RM 36.00 (-0%)

AHLI: RM 32.40 (-10%)

Oleh Rissa Ahdiya
Ada rindu yang tak terlafaz, ada kenangan yang tak pernah hilang. WIYA. Separuh hatinya mati bila Reza memilih untuk pergi. Kata Reza, kerana sayang, Wiya terpaksa dia tinggalkan. KHALED. Perginya Wardah ketika bahagia sedang melimpah. Pergi yang tak mungkin akan kembali lagi. Jiwanya mati, hidupnya terasa punah. Tapi dikuatkan hati demi anak-anak yang ditinggalkan Wardah. Wiya didesak untuk melupakan Reza, Khaled dipaksa untuk mencari pengganti Wardah. Akhirnya jodoh mere Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Dyadila
Kisah cinta mereka bukanlah sehebat Romeo and Juliet. Bukan seromantis kisah Cinderella apatah lagi seagung cinta Rasullullah dan Saidatina Khadijah. Namun, kisah cinta yang biasa- biasa ini menjadi luar biasa bila ada ikatan rasa terhubung sebelum cinta. Menjadi isteri belum waktunya kepada lelaki yang dia sendiri tak kenal. Walhal semuanya hanya drama semata-mata. Inara Mikayla menerima cinta pada waktu dia terpaksa memilih di antara cinta dan keluarga. Silapnya dia memilih Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Crystal Anabella
Zynn dan V dibesarkan bersama sejak kecil. Gelaran ‘childhood sweetheart’ memang tak asing bagi mereka. Namun, kemunculan Rita sebagai ‘kakak’ V menimbulkan rasa kurang senang Zynn. “I janji, lepas I habis belajar dan ada kerja tetap, I melamar you jadi isteri I.” Itu impian terbesar Zynn. Dan V sangat mempercayai pemuda itu. Malangnya, janji tinggal janji. Percintaan mereka umpama sebuah drama rekaan Zynn. “Jangan sesekali kau menagih maaf aku. I hate you Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh AZIZAH AMI
TERSEDAK Rinie tatkala Alif membawa seseorang ke rumah untuk diperkenalkan padanya. Macamlah dia tak kenal dengan Abu tu. Setiap kali dia ke bengkel, mata lelaki itu galak memandang daripada atas ke bawah. Gatal bukan main! "Keluarlah berkenalan dengan dia." Alif memaksa. "Abang Long tak nampak ke Rinie tengah makan tengah hari ni? Abang Long pergilah layan dia. Suruh Rinie pula dah," rungut Rinie lalu meneguk air kosong dengan laju. Arin dah menggeleng geram. "Lepas makan, A Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh NURIL BAHANUDIN
Hari-hari bercekau macam harimau dan singa. Kalau di pejabat ini pendapat masing-masing jarang senada seia sekata tapi, tup-tup mereka mengumumkan hendak bertunang. Itulah kemuncak hubungan Lya Hanna dan Amal. "Hanna! Where is my Hanna? Hannaku?" Mulut Amal riuh memanggil Lya Hanna. "I'm here!" Tak nampak wajah, hanya suara dan tangan terangkat tinggi melambai. Badan dan wajah terlindung di sebalik PC yang bersaiz 16 inci. "Oh, there you are." Amal melangkah girang mendekat. Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh DYNNA ZAIN
Tengku Hannah Thalia. Sebaris nama yang cukup menggeruni rakyat jelata Kerajaan Akalil. Kerajaan Akalil yang sering menjadi buah mulut di serata tempat kerana ia merupakan satu-satunya kerajaan yang masib mengekalkan adat Perpatih Putih. Sebut saja namanya, pasti penduduk Akalil mula terbayang pandangan mautnya. Bahkan gadis itu diberikan gelaran Puteri Hazel kerana ketangkasannya dalam berlawan pedang, kebijaksanaanya dalam menutur kata, juga kerana keberaniannya seperti see Maklumat lanjut
ASAL: RM28.90

SEKARANG: RM 28.90 (-0%)

AHLI: RM 26.01 (-10%)

Oleh HIJANAH & HAZALIF
"Biarpun engkau pergi terlalu awal, Pemergianku dirindui sepanjang hidupku. Engkau pergi bukan membawa diri, Tetapi membawa seluruh isi hidupku bersama. ""Kenapa terlalu cepat Allah tank semua benda? Bukan abi seorang! Tapi semua benda! Allah memang kejam!"" Seorang lelaki berdiri, lengkap berbalut kain putih, tapi koyak rabak di seluruh tubuh badan. Ah! Darah penuh melekat di setup inci kain itu. Baunya usah dicakap, tak ubah seperti bangkai binatang! Wajahnya menakutkan! Maklumat lanjut
ASAL: RM32.90

SEKARANG: RM 32.90 (-0%)

AHLI: RM 29.61 (-10%)

Oleh MIMI SALLEH
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh FARA HANA
" Kata orang kecewa dalam percintaan itu perkara biasa tapi tidak pada seorang lelaki yang bernama Tengku Kayden. Sakitnya terkandas dalam percintaan itu sangat sukar ditelan sehingga menjadikan dia seorang pendendam. Dek kerana itulah dia dan Zandra Nur Tatiana disatukan walaupun tanpa kerelaan gadis itu. Tujuannya hanya satu, dendamnya perlu terbalas. Kesakitan yang dirasakan selama ini perlu ada yang turut merasainya supaya hatinya puas! Adakah adil buat Zandra untuk terse Maklumat lanjut
ASAL: RM32.00

SEKARANG: RM 32.00 (-0%)

AHLI: RM 28.80 (-10%)

Oleh Teme Abdullah
Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul 'kredit' yang cukup sebagai bukti bahawa mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa. Artis terkenal itu ada segalanya - wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia. Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada 'arti Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Chef Marina Mustafa
Pasta sekarang semakin diminati rakyat Malaysia. Generasi muda terutamanya, suka pasta sebab ia lebih senang dimasak dan lebih sihat jika dibandingkan dengan nasi atau mi kuning. Saya teruja dengan bentuk pasta yang berbagai-bagai dengan pewarna semula jadi, sperti ubi bit, lobak merah dan bayam. Inilah yang membuat memasak pasta seronok! Pasta sungguh versatil, ia boleh dimakan sejuk sebagai salad seperti Salad Farfalle Ikan Tuna, manakala Salad Pasta Spiral Epal dan Angg Maklumat lanjut
ASAL: RM5.00

SEKARANG: RM 5.00 (-0%)

AHLI: RM 5.00 (-0%)

Oleh Elvroseth
RAJA LEONARD ISKANDAR... si mata hazel yang dikenali sebagai King di Kolej Alam Cahaya. Juga dikenali sebagai bapak Firaun, kumpulan pembuli nombor satu di sekolah swasta yang berprestij tinggi itu! Tapi... hanya pada orang yang cari pasal dengan mereka sahaja. Sahabat baiknya adalah violin kesayangannya selain Dani, Mikha dan Niall. Gemar menghabiskan masanya berseorangan di ‘Kayangan’, menggesek violin kesayangannya. TUAN AMAYA CINTA... nama yang indah namun sayang, wa Maklumat lanjut
ASAL: RM32.00

SEKARANG: RM 32.00 (-0%)

AHLI: RM 28.80 (-10%)

Oleh Norshiemah Md Yasan
SERI... hidupnya tidaklah berseri-seri seperti namanya. Dia sering menjadi mangsa amarah dan cacian Mak Bedah dan Aifa. Untung sahaja dia disayangi oleh abahnya, Pak Rahim. Begitu juga dengan Ikmal. lelaki yang telah membuatkan hatinya berbunga riang. Dia tidak kisah berkorban demi meraih cinta lelaki itu. Namun, hidupnya berubah dengan kehadiran Rayqal di kampung itu. RAYQAL...sebelum ini seorang yang berharta dan bongkak. Kini, tercampak di kampung apabila takdir telah Maklumat lanjut
ASAL: RM27.00

SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

AHLI: RM 24.30 (-10%)

Oleh Azieana
Dek terhutang budi, Deena akur dengan kehendak TJ. Berkahwin dengan tunang TJ sendiri! Qarl membantah keras dengan idea gila TJ. Sudahlah TJ memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan kukuh, malah siap disuruhnya Qarl menerima Deena sebagai isteri. "I.. I.. tak tahu apa yang ada dalam fikiran you sekarang dan I tak tahu apa maksud you lakukan semua ini. I betul-betul tak tahu dan I rasa I diperbodohkan. I rasa I dah jadi lelaki yang paling bodoh sekarang ni." - Qar Maklumat lanjut
ASAL: RM27.00

SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

AHLI: RM 24.30 (-10%)

Oleh D. Rafael , Syasya E Luna , Del
D. RAFAEL (JALAN KUBUR LAMA) - "Untuk malam ini, aku nasihatkan kepada semua yang ada di sini. Seandainya kamu semua terdengar suara-suara orang mengelur dari luar rumah, jangan sesekali bukakan pintu rumah kamu semua. Aku tak mahu ada sesiapa yang terpukau oleh benda itu lagi." Pesan Imam Ismail. Kesemua yang berada di situ mendengar dan mengangguk hampir serentak. "Ingat pesan aku. Benda itu mungkin boleh menyerupai sesiapa sahaja. Termasuk diri kita. Jangan sesekali kita t Maklumat lanjut
ASAL: RM13.00

SEKARANG: RM 13.00 (-0%)

AHLI: RM 13.00 (-0%)

Oleh Ramlee Awang Murshid
TRAGEDI berdarah di New Zealand telah merubah hidup pegawai polis Australia bernama Jessica. Serangan ke atas umat Islam di dua buah masjid di bandar Chrischurch telah menyebabkan Jessica turut menerima bahana apabila diserang penjenayah sehari selepas insiden itu. Rakan setugasnya terbunuh dan Jessica terlantar di hospital. Setelah sembuh, Jessica diarahkan ke Swan Hill untuk melaksanakan tugasan undercover. Dia harus memburu Adam – penjenayah rakyat Malaysia yang diyak Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Rina Farizq
ROMEO. Lelaki itu bukan saja tampan dan memikat tapi, memiliki sepasang mata yang tajam dan membunuh. Lelaki berketurunan Turki itu juga telah membuatkan hati Armilia goyah. Walaupun tak suka dengan perangai Si Romeo, perasaannya semakin tak menentu bila bersama lelaki itu. "A real man stays faithful and knows one woman is enough." "Itu saja?" Amboi, 'itu saja' eh? "Tak ada lain yang you harapkan? Like... yang baik, romantik, handsome dan kaya ke? Kasut yang nak paka Maklumat lanjut
ASAL: RM27.00

SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

AHLI: RM 24.30 (-10%)

Oleh NORMI NAS
BRUNEI, sebuah negara yang kecil tetapi kaya dan unik. Ia merupakan sebuah negara dengan pemerintahan monarki mutlak. Terbahagi kepada dua bahagaian dan dipisahkan oleh Limbang, Sarawak. Mengembara ke Brunei, bunyinya seperti pelancongan santai dan tenang. Namun tidak kepada penulisnya. Baru sahaja kapal terbang yang dinaiki oleh Normi memasuki ruang udara Brunei, ia terus digegarkan dengan taufan. Angin yang sangat kuat yang menggoncangkan kapal terbang. Ramai mula ce Maklumat lanjut
ASAL: RM15.00

SEKARANG: RM 15.00 (-0%)

AHLI: RM 13.50 (-10%)

Oleh
Siri puteri menceritakan lima orang puteri yang hidup di sebuah kerajaan Limau. Manis mempunyai suara yang merdu, Kasturi mempunyai hati seorang pahlawan, Purut seorang yang sangat pemalu, Bali seorang yang penyayang dan Nipis yang nakal bersama kucing kesayanganya bernama Jebat. Masing - masing 5 beradik mempunyai kemampuan yang luar biasa yang apabila digabungkan, mampu menjaga keamanan dan keharmonian dalam kerajaan Limau dan rakyatnya. Maklumat lanjut
ASAL: RM22.90

SEKARANG: RM 17.90 (-22%)

AHLI: RM 17.90 (-22%)

Oleh Aku Dengar Studio
Sebut je nak pergi ke kedai mainan, kanak-kanak mesti melompat kesukaan. Tempat ni memang mengujakan sebab ada macam-macam barangan menarik. Nampak meriah dan berwarna-warni tapi....korang jangan suka sangat. Pernah dengar tak suara patung bercakap dan kereta control bergerak sendiri? Ada makhluk ghaib merasuk barang mainan tu ke? Atau ianya hidup?!! Maklumat lanjut
ASAL: RM12.00

SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

AHLI: RM 10.80 (-10%)

Oleh Nojie
"Saya kata ceraikan." "Saya ceraikan awak dengan talak satu! Puas hati?" sendiri yang meminta untuk diceraikan. Tapi, kenapa hatinya sakit bila Hud dengan mudah melafazkan talak? Dalam enam bulan, hubungan mereka berakhir. Ternyata, cinta Hud Mikael bukan lagi untuk Nurul Nadya. Percaturan Tuhan, tiada siapa yang tahu. Mereka bertemu kembali selepas sepuluh tahun terpisah. Benih-benih cinta yang disangka sudah mati, kembali subur memekar. Hud jadi tak keruan. Nadya pula gel Maklumat lanjut
ASAL: RM27.00

SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

AHLI: RM 24.30 (-10%)

Oleh Dhila Asyfa
"Sebelum sambung tugasan awak. Kena ingat, yang awak hanya pelajar latihan industri di sini. Dan saya, supervisor awak. Jangan berangan lebih-lebih. Hubungan kita hanya majikan dan pekerja. Ingat tu." - Haedar Amaran itu menjadi sempadan antara dirinya dan lelaki berkenaan. Anggaran Norul Najeeha, dia akan menjalani tempoh praktikalnya dengan tenang dan aman. Entah kenapa lelaki yang bernama Haedar Akil seperti membenci kehadirannya. "Jodoh ini semua bukan terletak di tanga Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Puteri Aqish
Sekali Malique Iskandar tersenyum, melekat Dian Amanda di pintu cermin butik! Semuanya gara-gara sikap ‘alerginya’ pada lelaki yang punyai lesung pipit. Walaupun situasi itu memalukan, tapi Dian Amanda yang dikenali bukan seorang yang serik untuk redah apa saja situasi yang mendatang. Pertemuan demi pertemuan membawa hubungan mereka ke fasa yang halal tanpa diduga. Namun belum sempat mengulit bahagia, Bella yang sedari awal impikan susuk seorang Malique untuk mendampin Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh Bayu Asiah
ASAL: RM27.00

SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

AHLI: RM 24.30 (-10%)

Oleh Tiey Anam
Tujahan kata-kata nista membuat Alya matang sebelum usia. Sikapnya yang manja perlahan-lahan berubah kasar demi melindungi ibu dari kecaman manusia yang penuh dengan kebencian. Fitnah yang menyelubungi membuat ketenangan dirinya bagai diragut oleh tangan manusia yang membenci keluarganya. Dugaan menimpa diri, membuat Alya rebah sehinggalah pertemuannya dengan Li JunJie. "Kadang-kadang, perkara yang kita anggap sebagai kelemahan diri itulah sebenarnya kekuatan. Awak tak pern Maklumat lanjut
ASAL: RM24.00

SEKARANG: RM 24.00 (-0%)

AHLI: RM 21.60 (-10%)

Oleh Nurhayati Ishak
JEBAT: Irina, aku fikir aku ego dengan cinta. Benci untuk mengakuinya sebab aku tak suka. Tetapi mana tahu ego kau melebihi aku pula. Penat! Penat sungguh mengejar cintamu sehingga aku hampir-hampir berputus asa. Pandanglah aku, Irina. Aku sangat cintakan kau. Aku tahu kau juga cintakan aku. Tetapi kenapa payah sangat untuk kau mengaku? IRINA: Kerana kau, Jebat. Kau yang mulakan dulu. Kasarnya bahasa kau. Sinisnya apabila kau sindir ketika aku sedang dalam kesusahan. Meny Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Cik Nor Cinta
RUDE? Bukan biadab. Bukan juga kasar. Tapi… SELAMBA. Kahwin paksa? Itu mungkin cerita klise tetapi, bila dapat seorang isteri yang selamba… itu bukan klise lagi! Sikap selamba Melur itulah yang membuatkan sikap jual mahal Firdaus surut perlahan-lahan. Sikap selamba Melur itu jugalah yang telah mematahkan ego lelaki itu dan mula menyayanginya. Namun, kesetiaan Firdaus terhadap Dee tidak juga goyah dan itulah yang membuatkan Melur pergi bersama hati yang kecewa. Maklumat lanjut
ASAL: RM34.00

SEKARANG: RM 34.00 (-0%)

AHLI: RM 30.60 (-10%)

Oleh
Setelah sering kali terdengar suatu suara misteri memanggilnya, Elsa menuju ke utara bersama-sama Anna dan kawan-kawannya. Ketika perjalanan ke Hutan Ajaib, mereka menemui sesuatu yang tidak dijangka, kawan-kawan baharu dan rahsia kisah lampau. Maklumat lanjut
ASAL: RM19.90

SEKARANG: RM 19.90 (-0%)

AHLI: RM 19.90 (-0%)

Oleh
Elsa sentiasa tertanya-tanya sebab dia dilahirkan dengan kuasa ajaib dan rashia tentang kuasanya. Tiba-tiba, dia mula terdengar suatu suara misteri.Elsa dan kawan-kawannya dengan berani memulakan perjalanan menakjubkan ke utara. Maklumat lanjut
ASAL: RM14.90

SEKARANG: RM 14.90 (-0%)

AHLI: RM 14.90 (-0%)

Oleh Abdullah Abdul Hamid
Kenapa buku ini dihasilkan? Siapakah yang perlu membacanya? Apakah mesej yang terkandung di dalamnya? Buku Apabila Wartawan dan Artis Menangis adalah catatan daripada perjalanan dan pengalaman penulis di beberapa buah negara terutamanya ketika menjalankan tugasan Wartawan dan misi kemanusiaan, antaranya Tebing Barat dan Semenanjung Gaza di Palestin, Syria dan Bangladesh. Buku ini dihasilkan untuk menyampaikan pelbagai kisah yang disaksikan dan dirasai sendiri oleh penulisnya. Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh Aulia Iman
Dia Noah Safwan, jodoh yang diatur untuk Rindu Sofrina. Kedua-duanya tidak pernah bertemu, tidak pernah mengenali, dan tidak punya rasa cinta di antara satu sama lain. Namun satu kemalangan yang menjadi punca gadis itu kematian ibu bapanya, menjadi asbab untuk Noah Safwan mengambil Rindu Sofrina sebagai isterinya yang sah. Ternyata menjalani kehidupan alam rumah tangga tanpa sekelumit rasa cinta bukanlah sesuatu yang mudah. Perselisihan sering kali terjadi, persengketaan tida Maklumat lanjut
ASAL: RM27.90

SEKARANG: RM 27.90 (-0%)

AHLI: RM 25.11 (-10%)

121-380 of 260

Page:
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
*

Back to Top