Popular
Popular
0

Jumlah 0produk dalam troli anda. ×

Anda tidak mempunyai item di troli pembelian anda.

' Resipi kekasih 'Dijumpai 151 Produk Berkaitan
Oleh Dr. Mustafa Murad
Buku 1000 Mukjizat Rasulullah ini, sesungguhnya merupakan hadiah terhebat buat umat untuk mencambahkan cinta teragung kepada Baginda. Dengan mengetahui mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada Baginda, mampu mengikis sikap bersahaja, sambil lewa terhadap keagungan akhlak dan keperibadian Baginda sebagai kekasih Allah di alam maya ini. Baginda adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah, pemimpin seluruh keturunan Adam, manusia pertama yang bangkit dari kubur di hari kiamat Maklumat lanjut
ASAL: RM79.00

SEKARANG: RM 79.00 (-0%)

AHLI: RM 71.10 (-10%)

Oleh Raisyas Azliey
Fahami debaran hatiku kau pasti jatuh cinta padaku... NURIN QISTINA - Kepulangan yang dinanti. Kepulangan yang sepatutnya dirai dengan sebuah kegembiraan. Malangnya kala kaki menjejak ke bumi Malaysia semula selepas 4 tahun di luar negara, dia disambut dengan berita di luar kewarasan akalnya. Satu tragedi yang menimpa kembarnya Nurin Qasdina hingga mengorbankan nyawa kakak kesayangannya itu memaksa dia menjalankan satu misi. Semuanya kerana tulisan terakhir Nurin Qasdina y Maklumat lanjut
ASAL: RM29.90

SEKARANG: RM 29.90 (-0%)

AHLI: RM 23.92 (-20%)

Oleh Amir Muchtar , Seno Aditomo
Penampakan itu berbeza pada setiap orang. Bergantung kepada apa yang mereka dengar.' Seorang pengarah muda sebuah syarikat rasa terganggu dengan penampakan yang dialaminya. Dia cuba mencari jalan untuk hentikan gangguan dengan bantuan kekasihnya... Siapa sebenarnya lembaga perempuan yang asyik menghantui dirinya...?! Maklumat lanjut
ASAL: RM14.00

SEKARANG: RM 14.00 (-0%)

AHLI: RM 12.60 (-10%)

Oleh Aimiey Rai
Hadirmu menyentuh kembali rasa yang pernah sirna. Sembuh daripada luka itu perlukan waktu. Namun, kesembuhan bukan bermakna luka tidak meninggalkan parut walaupun menemukan penawar yang tepat. Kepercayaan Nina terhadap cinta sejati hilang selepas satu tragedi hitam yang mengorbankan kekasihnya, Zayn. Sukar baginya menerima huluran cinta kerana hatinya sebati untuk Zayn. Tatkala, di lapangan terbang Birmingham, UK merubah segalanya. Pertemuan pandang pertama dengan seorang Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Anna Milia
Yakinkan hatimu, akulah takdir terindah yang kau nantikan. Caden Hud jatuh cinta pandang pertama. Terus dijejaki Dian, si mural painter. Semua tentang Dian dirasakan terlalu indah. Angin bahagia bertebangan di angkasa setiap kali bersama gadis itu. “Saya book awak!” - Hud “Untuk apa?” - Dian “Jadi isteri saya.” - Hud Hud rasa macam nak hentak kepala ke bumbung kereta dek kegelojohannya. Hentak dua tiga kali. Biar hilang terus ingatan. Dian terima lamaran yan Maklumat lanjut
ASAL: RM31.00

SEKARANG: RM 31.00 (-0%)

AHLI: RM 27.90 (-10%)

Oleh Ida Ra
Terpisah kerana takdir. Bertemu kerana cinta terakhir. Diubati oleh luka, dipeluk oleh derita, buat hidupnya terumbang-ambing. Melupakan si dia yang pernah menghuni di hati, bagaikan mengharapkan lelaki itu kembali. Mustahil, kerana mereka tidak mungkin ditakdirkan untuk menyatu. Lantas dia membawa diri ke sebuah pulau sambil membayangkan betapa indah seandainya Johan ada di sisi. Tanpa sengaja, seseorang datang membuatkan dia keliru. Tanpa diduga munculnya kisah masa lalu Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh
KAGUYA-SAMA WA KOKURASETAI THE MOVIE -FIRST KISS WA OWARANAI-輝夜姬想讓人告白-永不結束的初吻-劇場版 (DVD) JAP / ENG (E / C / M) Shuchiin Academy’s student council room – the place where Vice President Kaguya Shinomiya and Student Council President Miyuki Shirogane met. After a long battle in love, these two geniuses communicated their feelings and, at the Hoshin Festival, had their very first kiss. However, there was no clear confession. The relation Maklumat lanjut
ASAL: RM23.90

SEKARANG: RM 23.90 (-0%)

AHLI: RM 21.51 (-10%)

Oleh Asha Lim
Terlalu banyak soalan dan luahan yang tidak pernah terungkap dengan lisan. “Mak dengan Aunty Yana ingat nak satukan Fia dengan anak kedua dia.” Kacak, baik, sopan santun dan mempunyai kerja yang bagus. Itulah kata-kata ibunya, tapi bagi Aafia, lelaki yang mempunyai pakej lengkap sebegini kebiasaannya sudah berpunya. Bagi Aafia juga, mustahil untuk lelaki berpakej lengkap begitu adalah bujang dan jenis menurut aturan keluarga. Pasti lelaki itu mempunyai kekasih d Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Usako Princessz
Di denai sungai yang menjadi saksi… Kerana dendam dan cemburu yang menguasai. Kesetiaan yang teguh bagai dimeteri dengan tembaga yang tak mudah dicairkan! Takdir Tuhan, resipi turun-temurun itu sekali lagi melakar memori, merekat dua hati. Dua anak muda berdarah pendekar itu akhirnya bertemu kembali setelah bertahun-tahun terpisah dek parut lama yang merantai keluarga. Di kala dua hati sudah berjanji untuk sehidup semati, taufan kuat tiba-tiba membadai lagi hubungan merek Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Saraalee
“Lupakan janji dulu...” AAYAN HAYDAR - Lelaki berkacukan Arab yang mempunyai sepasang mata berwarna hijau cerah yang mampu memikat hati para gadis. Empat tahun ditinggalkan oleh kekasih hati menyebabkan hatinya berbolak-balik. Jejaka berusia 25 tahun itu telah memungkiri janji manisnya terhadap gadis yang paling dicintainya dahulu atas sebab yang sangat tidak masuk akal. Namun disebabkan dirinya yang tamak, dia sanggup melukai hati gadis yang dicintainya. “Y Maklumat lanjut
ASAL: RM34.00

SEKARANG: RM 34.00 (-0%)

AHLI: RM 30.60 (-10%)

Out of stock

Oleh Cahaya Ainn
Cinta di hatiku bagaikan angin, tak nampak dek mata kasar, tapi boleh dirasai. Pernah tak terfikir atau terbayang yang satu hari nanti kita akan bekerja dengan bekas teman lelaki kita? Sebagai babysitter pula tu! Ulya terserempak dengan Aidan, bekas teman lelaki yang telah menghilangkan diri secara tiba-tiba sepuluh tahun dahulu. Aidan terpaksa menjaga anak-anak saudaranya setelah kematian kakak dan abang iparnya. Sangat terdesak sehinggakan Aidan terpaksa menawarkan kerja Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Buku ini menghimpunkan beberapa pengajaran. fatwa, wasiat dan nasihat beliau berkenaan dengan sikap kerohanian, khususnya kepada murid-murid beliau dan umumnya kepada seluruh kaum muslimin. Walaupun fatwa dan nasihat ini telah beliau sampaikan lebih kurang 900 tahun yang lalu, namun pengisian don kandunganya tetap relevan dan sesuai dengan masa kita sekarang ini. Tidak ada istilah ketinggalan zaman atau tamat tempoh untuk pengisian yang penuh dan padat dengan ilmu serta nasi Maklumat lanjut
ASAL: RM45.00

SEKARANG: RM 45.00 (-0%)

AHLI: RM 40.50 (-10%)

Oleh Ann Hann
Atau barangkali juga kata-kata cinta yang pernah kami ucap dulu sudah menjadi kata-kata basi. Tidak diguna pakai pada dekad ini. ANNA Strategi Anna untuk melupakan kekasih pertamanya berjalan lancar. Dia melakukan segalanya yang dia percaya akan dapat melupakan lelaki itu. Dia memulakan janji temu dengan lelaki lain yang diaturkan oleh Aamily dan mengelakkan diri sejauh mungkin sebagai cara menenangkan hatinya. Tetapi malang untuk Anna, takdirnya bukan semudah memilih untuk Maklumat lanjut
ASAL: RM32.00

SEKARANG: RM 32.00 (-0%)

AHLI: RM 28.80 (-10%)

Oleh Bunda Ary
Rasulullah berasa sangat sedih dengan kematian bapa saudara yang selama ini melindunginya. Tidak lama selepas itu, kedukaan Rasulullah semakin bertambah apabila kekasih hati baginda iaitu Sayidatina Khadijah juga meninggal dunia. Maklumat lanjut
ASAL: RM10.00

SEKARANG: RM 10.00 (-0%)

AHLI: RM 9.00 (-10%)

Oleh Afieyza Isahak
Rezeki bertemu seorang rakan sekolah telah membantu Aznain sekeluarga untuk berpindah ke sebuah rumah kampung. Kebaikan tuan rumah bernama Jambak itu cukup menyenangkan keluarga kecil itu memandangkan kehadiran mereka seolah tidak di pedulikan oleh penduduk setempat. Pokok Rambung yang terletak tidak jauh dari rumah sewa itu menjadi perantara antara kisah dulu dan kini. Orang kampung kata, pokok itu berpuaka, pokok itu makan orang tapi itulah tempat di mana sepasang kekasih Maklumat lanjut
ASAL: RM27.00

SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

AHLI: RM 24.30 (-10%)

Oleh Nirrosette
Kata Adam Khalis: Hidup ini tak boleh berdasarkan ‘saya-suka-awak’ dan ‘awak-suka-saya’… and we live happily ever after – aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau. Kata Kaseh: Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana s Maklumat lanjut
ASAL: RM38.00

SEKARANG: RM 38.00 (-0%)

AHLI: RM 34.20 (-10%)

Oleh RICHIE RACHMAN
Ketika cinta mendakap atma, timbul duka membenam jiwa. Cahaya yang diharapkan menerangi, kenapa kegelapan membunuh sang jiwa? Lavender merasakan hidupnya sudah dicorak tanpa pelangi, hanya ada hitam dan kelam. Dia gadis yang dahagakan kasih sayang daripada kedua orang tuanya. Bersama duka dia berusaha menimba ilmu di Australia untuk melupakan kisah silam. Selepas 15 tahun, Lavender kembali ke Malaysia untuk mencapai impian menjadi seorang arkitek. Berpeluang membuat prakt Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh SHERA ZULGHAFAR
All is fair in love… and law. Agaknya apa yang terjadi apabila dua orang peguam kepala batu bertemu? Takdir menemukan Nur Nadhrah dan Ahmad Raffi sebagai rakan sepejabat di firma guaman yang sama. Sikap Nadhrah yang sambil lewa dan Raffi yang perfectionist membuatkan mereka sering tidak sekepala. “Memang semua graduan luar negara ni tak adab ke?” – NUR NADHRAH “Well, that depends on how we are treated.” – AHMAD RAFFI Orang tua pernah berpesan, jangan terla Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh NURUL SYAHIDA
Ketika Sameera terima Ishaak jadi teman lelakinya di usia 17 tahun, dia sedikit pun tak menyangka bahawa pemuda kurus kering itu akan suatu hari jadi Haque Zuhal, bintang pujaan ramai, yang lagu-lagunya akan berkumandang di corong radio, yang dramanya dimainkan di televisyen, dan yang wajahnya akan menghiasi papan-papan iklan di lebuh raya. “Meera tunggu saya, ya? Meera sabar, ya?” Tetapi apabila Haque jatuh cinta dengan wanita lain dan membuat keputusan hubungan mereka Maklumat lanjut
ASAL: RM29.00

SEKARANG: RM 29.00 (-0%)

AHLI: RM 26.10 (-10%)

Oleh Panel Penulis Ana Muslim
Rasulullah SAW merupakan kekasih Allah SWT yang menpunyai akhlak yang sangat baik. Akhlak Rasulullah SAW yang sempurna dapat dilihat melalui cerminan Al-Quran dan Hadis. Buku Pesan Nabi Rasulullah Idola Saya ini menghimpunkan Hadis-hadis dlam bentuk komik agar mudah difahami oleh pembaca. Dengan memahami nasihat dan pesanan Rasulullah SAW, kita dapat menyuburkan rasa cinta kita terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Mari kita menjadi generasi soleh yang berakhlak mulia s Maklumat lanjut
ASAL: RM12.00

SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

AHLI: RM 10.80 (-10%)

Out of stock

Oleh AMRAN JAZEE , FITRI HUSSIN , EB REEZA
DENDAM KESUMAT - AMRAN JAZEE Kerana satu kesilapan kecil yang dilakukan telah mengubah haluan hidupnya. Dia lelaki yang tidak punya apa-apa, tidak mempunyai masa depan. Insiden dengan anak majikannya telah menyebabkan dia hilang kerja. Bukan sahaja kehilangan kerja malahan dia dipukul dengan teruk, maruah dirinya dihina dan dia hampir mati. Dendam pada majikannya semakin membarah. Demi sebuah dendam dia sanggup melakukan apa sahaja. Jalan hitam menjadi pilihan, dia meminta ba Maklumat lanjut
ASAL: RM28.90

SEKARANG: RM 28.90 (-0%)

AHLI: RM 26.01 (-10%)

Out of stock

Oleh SHAZELIYNNA MD SHAAT
: Hanya dia yang mengusik sukma. Hanya dia yang bertakhta di jiwa. Dia tidak sedar bila perasaan cinta itu mula berputik. Rasa sayangnya pada seseorang yang dianggap seperti seorang abang, kini berubah kepada rasa sayang terhadap seorang kekasih. Cinta yang tidak pernah diluahkan. Hanya melalui rasa cemburu dan sakit hati Bieha Allysia menunjukkan cintanya terhadap Imran Mustaqim. "Adik tak suka abang layan senior dan junior perempuan yang tergedik-gedik tu. Sakit mata ni Maklumat lanjut
ASAL: RM27.00

SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

AHLI: RM 24.30 (-10%)

Oleh Affieyza Ishak , Hafizuddin Ghazali , Iza Iman
SINOPSIS : BELENGGU - AFFIEYZA ISAHAK Mawarni, anak kepada pasangan Darus dan juga Manis. Dia anak kesayangan dalam keluarga. Suatu hari, ketika dia bersama abangnya Abey Luqman mengikut ayah mereka pergi mengail ikan ketutu, berlaku satu peristiwa yang merubah kehidupan mereka. Mawarni yang latah orangnya telah terjatuh ke sungai dan dibawa arus menghilang ke pusaran air di Lubuk Sireh. Dia yang dikejutkan oleh abangnya ketika sedang menjamah kuih dangai hasil air tangan si Maklumat lanjut
ASAL: RM28.90

SEKARANG: RM 28.90 (-0%)

AHLI: RM 26.01 (-10%)

Oleh Emira Sky
Akan munculnya pelangi selepas hujan, akan tewasnya benci selepas mekarnya cinta suci. DHEA HUMAIRA gadis cantik berpewatakan lembut dan tegas di luar namun di dalam hati cukup rapuh sekali. Tetapi sayang, dia sudah tidak punya ibu. Membesar hanya bertemankan seorang bapa yang penyayang menutup segala ketidaksempurnaan hidup. Saat umur menjangkau 17 tahun, dia harus akur untuk mengikat tali pertunangan dengan Aidan Hafeez sepupunya sendiri. Namun, dek kerana coretan hita Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh MOHD SHAFIQ ZULKARNAIN
Penulis ini terkenal di sosial media kerana selalu berkongsi video masakan di Instagram dan TikTok. Mempunyai seramai 1.2 juta followers di TikTok dan 446ribu di Instagram, penulis terkenal dengan trademark, sentiasa tersenyum ketika memasak. Buku Masak-Masak Shafiquecute yang pertama ini adalah versi kuih-muih, kek dan pastri, bersama 1 resipi bonus “Daging Dendeng Cute”. Penulis berkongsi resipi dan cara-cara masakan yang mudah dan memberi manfaat bagi semua orang. Be Maklumat lanjut
ASAL: RM35.00

SEKARANG: RM 35.00 (-0%)

AHLI: RM 31.50 (-10%)

Oleh NERODNO
Kisah Mr. Guardian Miss Angel bermula dengan pertemuan tanpa sengaja di antara Izz Ardan dan Aufy Zasha. Pertemuan yang menjadikan Izz Ardan sebagai saksi pertumpahan air mata Aufy Zasha, gadis yang langsung tidak dikenalinya. Gadis yang menangis itu bukan sahaja berjaya menarik perhatiannya, malah tangisan gadis yang tidak dikenalinya itu telah membuatkan hatinya sakit bagaikan ditusuk benda tajam. Setelah pertemuan tersebut, Izz Ardan tidak mampu melupakan gadis yang tidak Maklumat lanjut
ASAL: RM31.90

SEKARANG: RM 31.90 (-0%)

AHLI: RM 28.71 (-10%)

Oleh NULNA
Aisha Afnan, sangat teruja untuk berkahwin dengan cinta hatinya. Namun atas permintaan mummy, Aisha setuju untuk bertemu Irfan di sebuah kafe. Pertemuan itu menemukan dia dengan Thaqif. “Excuse me, aku nak lalu ni. Kalau ya pun nak termenung, balik rumahlah.” ~ Thaqif Tinggi lampai, rambut panjang melebihi paras bahu, menutupi keseluruhan dahi dan sebelah matanya. Jeans jangan cakaplah, koyak di bahagian lutut sehingga menampakkan kedua-dua belah lututnya itu. Alahai, m Maklumat lanjut
ASAL: RM32.00

SEKARANG: RM 32.00 (-0%)

AHLI: RM 28.80 (-10%)

Oleh Surianti Ramli
Surianti Ramli berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang masakan professional. Bermula sebagai blogger, kini beliau aktif di Instagram dan Youtube. Mempunyai lebih daripada 350 ribu pengikut di Instagram, serta berpengalaman bekerjasama dengan pelbagai syarikat berprestij di Malaysia, membuktikan kredibiliti beliau dalam bidang masakan. Bagi melebarkan lagi kredibiliti beliau dalam bidang ini, Surianti Ramli tampil dengan buku “Resipi dari Dapur Surianti” yang menyajik Maklumat lanjut
ASAL: RM19.90

SEKARANG: RM 15.90 (-20%)

AHLI: RM 15.90 (-20%)

Oleh Yaya Abdul Rahman
Bahagia itu satu pilihan, mencintaimu itu satu keindahan... Hidup Alif Furqan sentiasa dikelilingi kaum wanita. Namun, dia bukan pencinta wanita atau si kasanova. Setianya pada cinta sehingga dia nekad tidak mahu memandang wanita lain. Namun, pemergian kekasih hati, telah membawa perkenalan Alif Furqan dengan Wilda Safiyyah. Mujahadah yang menghiasi laman hati gadis itu penuh santun dan tawa. Bagaimanapun, cinta yang terbina antara mereka tidak kekal lama. Wilda dijemput sang Maklumat lanjut
ASAL: RM35.00

SEKARANG: RM 35.00 (-0%)

AHLI: RM 31.50 (-10%)

Oleh Ann Hann
“Boleh kita jumpa nanti?” Jon membongkok sedikit ketika berbisik dari tepi bahuku. Jon, bolehlah kurekodkan sebagai lelaki yang paling aku tidak ingin jumpa di mana-mana pun di dalam dunia ini. “Aku nak kau menyamar jadi teman wanita aku hanya untuk beberapa bulan, untuk yakinkan ayah aku,” “Kau gila!” Tetapi Nami Rose Adams telah terperangkap dalam rancangan licik Jon Aragon Holland yang tidak disangka-sangkanya. Menyamar sebagai kekasih Jon untuk menipu kedu Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Shazie Kamaruzaman
Dia… satu dalam infiniti! Gara-gara dicabar bekas kekasih a.k.a pencurang, Wafa Adlina perlu membuktikan dia juga boleh bahagia. Solusi paling gila dipilih. Kahwin. Tapi, dengan siapa? Dia manalah ada calon. Blind date. Itu cara paling pantas untuk mendapatkan bakal suami dalam tempoh sebulan. Idea itu menemukan dia dengan Karl Elliyas, si playboy pencen. Calon pertama. Namun, kesuntukan masa membuatkan Karl terpaksa juga dijadikan sebagai calon terakhir. Bolehlah darip Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh Zint
Kawan Vax merangkap band member lama dulu tiba-tiba muncul. Apa lagi, Vax ajaklah si Hex ni jam. Lepas rindu kononnya! Let’s hit it! Hex dan kekasih hati dia tak boleh dipisahkah. Sebab tu jugalah dia keluar dari band. Dan gadis ni ada identiti rahsia yang bakal beri kejutan?!! Oh, my darling~ Krez teruskan misi korek kisah silam Vax dari Hex. Ditambah dengan kemunculan seorang individu, adakah sejarah hidup Vax akan dibongkar sepenuhnya? Yeahhhhh!!! Rembat jilid ke-8 Maklumat lanjut
ASAL: RM12.00

SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

AHLI: RM 10.80 (-10%)

Oleh Haitun Kamarazaman
Dia menantu yang tidak diiktiraf, hanya kerana dirinya seorang gadis kampung tang tiada gelaran. Sejak anak dan suaminya dibawa pergi, hidup Jeha berubah 360 darjah. “Aku tak gila. Sumpah aku tak gila! Yang gila, orang yang pisahkan aku dengan anak aku.” – JEHA Ditakdirkan selepas 20 tahun, anak itu kembali ke Lipis mencarinya, namun kisah duka belum berakhir. Penghinaan demi penghinaan terpaksa dihadapai angkara kisah silam ibunya. “Mustahil kota bersatu Izz, cinta Maklumat lanjut
ASAL: RM29.90

SEKARANG: RM 29.90 (-0%)

AHLI: RM 26.91 (-10%)

Out of stock

Oleh Rino Mizuho
Rumah agam terletak nun jauh dalam hutan belantara didiami ahli sihir cantik Aikawa Shokora dan seekor kucing hitam. Gadis itu pencipta coklat 'makanlah dan impian kau akan jadi kenyataan'.Di samping tunaikan hajat, Shokora juga ambil sesuatu paling berharga sebagai bayaran. Tak kisahlah korang nak jadi cantik, nak luahkan perasaan, nak jumpa semula kekasih atau kawan baik... semuanya dia mampu realisasikan.Hari ni pun ada pelanggan datang cari coklat yang ada kuasa misteri. Maklumat lanjut
ASAL: RM12.00

SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

AHLI: RM 10.80 (-10%)

Oleh TadaTada
Alex dengan pantas menjejaki Silver Wing dan pasu yang dicuri dengan bantuan kucing mumia Lulu. Silver Wing mendakwa bahawa pasu itu ada kaitan dengan resipi dewa Yunani dan Alex bersetuju menyertainya. Namun dalam perjalanan mereka bertemu seteru yang biasa dilihat! Maklumat lanjut
ASAL: RM12.00

SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

AHLI: RM 10.80 (-10%)

Oleh Ieya Sya
" Naira – Gadis manis yang murah dengan senyuman. Tetapi menangis terluka ketika sendirian. Ada kesedihan dan rasa terkilan menjadi bebanan yang sukar dilepaskan. Karl – Pemuda yang cukup pakej sebagai lelaki pujaan, punyai segala-galanya termasuklah tiga sahabat yang setia. Namun dingin dan menutup pintu hatinya untuk wanita lain. Mereka dipertemukan di Langkawi atas alasan cuba mencari keserasian dalam perjodohan keluarga. Sekembalinya dari sana, si gadis yang mula Maklumat lanjut
ASAL: RM32.00

SEKARANG: RM 32.00 (-0%)

AHLI: RM 28.80 (-10%)

Oleh Zaifu Zaman Ahmad , Eb Feeza , Asraff Shaari
"SEMBANG KARI Gadis itu mula megesot cuba untuk menghampiri Harun, Tangannya mula menolak tubuhnya sendiri. Kepalanya masih lagi ditundukkan. Seolah-olah berat untuk diangkat. Harun terus kaku. “Mak! Hantu!!!” Melengking suara Harun menjerit cuba mengatasi bunyi deru hujan yang turun. Serentak dengan itu dia mengorak Langkah seribu, Tidak peduli pada simen licin, Harun mahu menyelamatkan dirinya, Terpekik-terlolong dia menjerit. SANG KEKASIH “Sayangku… Kau dan a Maklumat lanjut
ASAL: RM13.00

SEKARANG: RM 13.00 (-0%)

AHLI: RM 13.00 (-0%)

Oleh Sufea Hareez
Pertemuan yang memalukan tanpa diduga membawa mereka ke pertemuan kedua yang berakhir dengan sebuah akad. “Kita kahwin.” – Jaidan. “Awak tak perlu kasihankan saya, Jaidan.” – Juwita. Juwita fikir dia kuat tapi bila maruahnya bakal diperjudikan, dia terpaksa akur untuk menjadi isteri Jaidan walau itu yang paling dia tak mahu berlaku dalam hidupnya. Dalam Juwita mencari keserasian hidup sebumbung bersama Jaidan, ujian datang bertimpa-timpa menyebabkan Juwita mengala Maklumat lanjut
ASAL: RM27.00

SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

AHLI: RM 24.30 (-10%)

Oleh Roshayati Jamaludin
Setiap orang pasti ada cara memasak mereka tersendiri, yang mana kita gelarkan sebagai air tangan, bermula daripada teknik menyediakan bahan, hinggalah saat api ditutup menandakan makanan sudah siap dimasak. Oleh sebab itu, rasa makanan tetap berbeza jika dimasak oleh individu yang berbeza. Lebih-lebih lagi jika masakan kita disediakan ikhlas dari hati, dijamukan pula kepada orang yang tersayang. Menghimpunkan pelbagai menu yang menjadi kegemaran beliau seperti Rendang A Maklumat lanjut
ASAL: RM19.90

SEKARANG: RM 15.90 (-20%)

AHLI: RM 15.90 (-20%)

Oleh Jaja Ahmad
Kamu adalah impian yang menjadi kenyataan. Dan kini, menjadi kepingan kenangan yang hilang. Pangkat, darjat dan harta, segalanya datang tepat pada masanya. Kecuali cinta! “Kenapa baru sekarang awak hadir dalam hidup saya?” - Iffat Mencintai Iffat yang pada ketika itu merupakan kekasih Afiq telah merubah takdir Iffat, Afiq dan juga Zarif sendiri. Segalanya berlaku mengikut aturan takdir dan mereka hanya meneruskan perjalanan kehidupan seperti apa yang telah disusun ole Maklumat lanjut
ASAL: RM35.00

SEKARANG: RM 35.00 (-0%)

AHLI: RM 31.50 (-10%)

Oleh East Diani
Akibat tersilap langkah mengatur jalan hidup, rosak masa depan Alisya. Kerana seorang lelaki harga diri yang dijaganya musnah. Hidupnya musnah dan masa depannya hancur. Saat dia rebah Haikal Mikail hadir bagaikan seorang penyelamat waklaupun hubungan mereka bagaikan anjing dan kucing yang selalu bercakaran. Abang teman baiknya itu ada sebab mengapa dia ingin membantu. Semuanya kerana maruah seorang wanita. "Hah, sebab sayang habis semua maruah diri digadaikan. Masa nak buat Maklumat lanjut
ASAL: RM28.90

SEKARANG: RM 28.90 (-0%)

AHLI: RM 26.01 (-10%)

Oleh Artis Komik re: ON Comics
Wahai jin sekalian... muncullah dan lunaskanlah dendamku ini!Dia dihina kerana miskin dan tak setaraf dengan kekasihnya. Didorong perasaan marah dan dendam, Sanea dibawa bersama ke kubur oleh abangnya untuk puja entiti ghaib. Namun, apa yang diharapkan tak menjadi! Kenapa Sanea jadi galang ganti?6 karya seriau lagi merinding dari Indonesia dan diterjemah ke bahasa Melayu ni nak cabar korang hayati kisahnya sampai ke noktah terakhir. Berani ke...? Maklumat lanjut
ASAL: RM12.00

SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

AHLI: RM 10.80 (-10%)

Oleh Iman Fadia
Kiriman jambangan bunga tulip daripada seseorang yang hanya dikenali sebagai Kekasih Tulip telah membuatkan seluruh hidup Juliana diselubungi teka-teki. Sudilah terima jambangan tulip ini. Jika diizinkan Tuhan, kita akan bertemu satu hari nanti. – Kekasih Tulip. Zafril… abang kepada Zara, kawan baik Juliana pula mendesak Juliana agar bertemu dengan Ray yang sedang terlantar koma di hospital. “Kenapa kau nak sangat aku jumpa dia?” - Juliana. “Kau akan tahu juga nant Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Norshiemah Md Yasan
“Setia di sisi bersama cinta yang tidak akan dilepaskan pergi.” Berkahwin dengan bapa ayam? Lintah darat? Memang kerja gila! Qaisara tidak menyangka, Pak Borhan sanggup mahu menjodohkannya dengan lelaki seperti itu demi mahu melunaskan hutang judinya. Jadi, untuk mengelak perkara itu daripada berlaku, Qaisara berfikir ada baiknya kalau dia cepat-cepat berkahwin dengan lelaki lain. Tapi, masalahnya dia mana ada pakwe. Dan mana pula mahu dia mencari lelaki yang boleh dijad Maklumat lanjut
ASAL: RM33.00

SEKARANG: RM 33.00 (-0%)

AHLI: RM 29.70 (-10%)

Oleh
Kesihatan adalah anugerah Allah SWT yang perlu dihargai oleh setiap manusia. Kepentingan menjaga kesihatan sangat ditekankan di dalam Islam. Kesibukan manusia dengan kehidupan seharian terkadang melekakan mereka daripada mengambil berat terhadap persoalan kesihatan dan menjaganya. Ensiklopedia Pengubatan Herba Terapi Alternatif Kedoktoran Islam oleh Dr. Khalid Gadd adalah sebuah buku yang memberi panduan tentang khasiat tumbuh-tumbuhan dan bahan-bahan semulajadi ciptaan Alla Maklumat lanjut
ASAL: RM50.00

SEKARANG: RM 50.00 (-0%)

AHLI: RM 45.00 (-10%)

Oleh Chef Zubaidah
ASAL: RM22.90

SEKARANG: RM 22.90 (-0%)

AHLI: RM 20.61 (-10%)

Oleh Crystal Anabella
Takdir antara kita tak sepatutnya bertindih. Enggan menjadi anak derhaka, Dewi Balqis setuju mengikuti kelas imej Leo. Leo jiran yang merangkap teman mesranya. “Berapa duit hantaran yang you expect daripada bakal suami you?”- LEO “At least 50k.”- DEWI “Anak dara pemalas macam you, 5k pun dah rugi tahu? ”- LEO Mulut Leo memang pedas berbisa. Tapi, dalam diam… jiwanya berlagu asmara. “You pakai apa pun, my heart will always beat for you.”- LEO “Kalau jant Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Mudin Ezairi
Cinta itu umpama membina kerajaan. Kita bersama mentadbir zahir dan batin. Kahwin suka sama suka setelah sekian lama terpisah! Namun ada hati yang berbolak-balik. Yang seorang sudah bersedia sehingga sanggup mencari kekasih hatinya itu. Yang seorang lagi pula waswas. Takut tatkala menempuh first night nanti. Hesy, peninglah budak berdua ni! “Aku nak kau percaya pada aku. Setidak-tidaknya, kalau aku terpaksa tinggalkan kau esok lusa lepas kita bernikah, aku tenang. Aku tahu, Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh Dr. Susianto
Pola makan yang hanya mengambil sayur-sayuran sudah lama dikenali oleh kebanyakan masyarakat dengan nama pola makan vegetarian. Walaupun sudah terbukti baik untuk kesihatan, pola makan ini masih tidak mendapat sambutan yang sewajarnya. Kebanyakan orang menjadikan alasan kekurangan nutrisi seperti zat besi, protein dan sesetengah vitamin sebagai sebab utama mereka menolak untuk menjadi seorang vegetarian. Sedangkan, alasan itu tidak benar. Selain mengurangkan risiko mndapat pe Maklumat lanjut
ASAL: RM35.90

SEKARANG: RM 35.90 (-0%)

AHLI: RM 32.31 (-10%)

Oleh Ateen Khalid
Tatkala rumah Tyara Ailana, seorang pelakon dipecah masuk oleh seorang peminat yang obses, Tengku Firas mengarahkan Luthfi Alzidan untuk melindungi wanita itu. Luth berat hati pada mulanya untuk menerima tugasan itu mengenangkan ‘siapa’ Tyara pada Tengku Firas namun, saat fikirkan keluarga di kampung… dia terima. Pertama kali bertentang mata dengan Luth, Tyara tergamam. Malah semakin Tyara mengenali lelaki itu, dia semakin menyenangi lelaki itu. Terutamanya ketika lelak Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Lynn Azami
Lama merantau, Irdine nekad untuk pulang. Tapi dia berharap, kepulangannya ke bumi Malaysia bukan untuk dilukai lagi. Namun siapa sangka, orang yang tidak ingin dia temui itu tiba-tiba muncul depan mata. “Irdine nilah kekasih saya yang ‘hilang’ dulu. Orang yang saya tunggu selama ni.” – Danny Mirza. Baru hari pertama di tempat kerja, Irdine sudah rasa seperti kepalanya dihentak batu oleh lelaki yang pernah buatkan jiwanya hilang suatu ketika dulu. Lelaki yang buatk Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Anis Shikali
Janji tetap perlu dikotakan. Biarlah orang kata dia gila. Zerlindah Jawhara tak kira. Sebagai pengapit, dihadiri juga majlis perkahwinan bekas kekasihnya , Zafeeq. Untungnya dia, terjumpa pula dengan Shawn Adam. Rupanya sebiji macam Liam Hermsworth. “You know what? I’ll have to make you mine! You’re not my type, but I just… have to.”- Adam “Try me!” – Zerlindah Dalam pada Adam kata Zerlindah bukanlah jenis perempuan yang dia suka, dia juga yang macam orang sas Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh Fatinilam Sari Ahmad
Satu rahsia, yang tersembunyi jauh di lubuk hati Nufa, tidak akan pernah dikongsikan dengan sesiapa jua termasuk kekasih hatinya, Rahimi. Terkadang Nufa takut dan bimbang dengan hakikat dirinya tidak seperti insan lain yang punya sebuah keluarga bahagia. Sudah begitu lama dia hidup sendiri tanpa keluarga. Dan satu-satunya keluarga yang dia ada hanya Salmah - ibunya yang terkurung di suatu tempat yang jauh. Namun kehadiran Auguste seorang lelaki yang amat misteri bagi Nufa, Maklumat lanjut
ASAL: RM24.00

SEKARANG: RM 19.00 (-21%)

AHLI: RM 19.00 (-21%)

Oleh Cahaya Ainn
Disebabkan terdesak, Shamsuria terpaksa menerima tawaran sebagai pemandu peribadi dan bodyguard kepada Tuan Syed Faeq. Walaupun gaji yang ditawarkan agak lumayan, namun tidak mudah untuk bekerja dengan lelaki bernama Syed Faeq. Keadaan semakin rumit apabila Syed Faeq menyangkakan yang dirinya seorang lelaki! “Take off my cloth.” ~ Syed Faeq “Saya akan...tanggalkan...tapi...dengan satu...syarat.” ~ Shamsuria “Oh, really? Apa syaratnya?” Lelaki itu bertanya sinis. Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Nurina Feeza
Siapa yang dapat melupakan cinta pertama? Menyimpan sedih terlalu lama hanya akan meninggalkan segaris luka yang takkan pernah habis. Benar, kecundangnya cinta pertama itu lain macam… sangat menyakitkan. Elis Nou'rell. Sekali dia jatuh cinta, berkali-kali hatinya akan tulus mengasihi. Tersilap caturan dek terlalu menurut kata hati menariknya ke lembah kekecewaan. Sakitnya tidak terkata! Kini dia bangkit dengan harapan agar segala memori hitam itu segera pergi. "Selamat t Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Ilyana Hani
Gara-gara salah sangka, Irdina menyerang Rizqi apabila melihat lelaki itu melayan mesra seorang gadis. Dia ingatkan lelaki itu Rafie, tunang Suhana merangkap kawan baiknya. Sumpah, dia tidak tahu pun Rafie punya kembar bernama Rizqi. Akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh Irdina, semua hura-hara. Rizqi muncul, menuntut agar Irdina meyakinkan Najwa bahawa dia tidak bersalah dan menuntut untuk menyatukan semula dia dengan kekasih hatinya. Komplot cinta dilancarkan. Kata Rizqi Maklumat lanjut
ASAL: RM26.00

SEKARANG: RM 26.00 (-0%)

AHLI: RM 23.40 (-10%)

Oleh Fatinnilam Sari Ahmad
Fragmen cinta kita telah retak seribu. LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya. Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang ham Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh Ana Maria , Syarmila Muntazar
Kisah 25 Rasul ialah himpunan kisah riwayat dan sejarah 25 Rasul yang wajib diketahui. Sejarah hidup dan perjuangan mereka perlu diketahui bagi memastikan para pembaca tidak ketinggalan untuk mengenali dan menghayati sejarah pengorbanan pada Nabi yang merupakan utudan dan kekasih Allah sekaligus dapat menambah ilmu pengetahuan mereka. Siri pertama ini mengetengahkan siri - siri daripada Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Nuh, Nabi Hud & Nabi Salleh. Maklumat lanjut
ASAL: RM7.90

SEKARANG: RM 7.90 (-0%)

AHLI: RM 7.11 (-10%)

Oleh Ana Maria , Syarmila Muntazar
Kisah 25 Rasul ialah himpunan kisah riwayat dan sejarah 25 Rasul yang wajib diketahui. Sejarah hidup dan perjuangan mereka perlu diketahui bagi memastikan para pembaca tidak ketinggalan untuk mengenali dan menghayati sejarah pengorbanan pada Nabi yang merupakan utudan dan kekasih Allah sekaligus dapat menambah ilmu pengetahuan mereka. Siri pertama ini mengetengahkan siri - siri daripada Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Ismail & Nabi Ishak. Maklumat lanjut
ASAL: RM7.90

SEKARANG: RM 7.90 (-0%)

AHLI: RM 7.11 (-10%)

Oleh Ana Maria , Syarmila Muntazar
Kisah 25 Rasul ialah himpunan kisah riwayat dan sejarah 25 Rasul yang wajib diketahui. Sejarah hidup dan perjuangan mereka perlu diketahui bagi memastikan para pembaca tidak ketinggalan untuk mengenali dan menghayati sejarah pengorbanan pada Nabi yang merupakan utudan dan kekasih Allah sekaligus dapat menambah ilmu pengetahuan mereka. Siri pertama ini mengetengahkan siri - siri daripada Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabi Ayub & Nabi Syuaib. Maklumat lanjut
ASAL: RM7.90

SEKARANG: RM 7.90 (-0%)

AHLI: RM 7.11 (-10%)

1-151 of 151

Page:
  1. 1
  2. 2
  3. 3
*

Back to Top