Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
BANKRAP MUFLIS PENTADBIRAN KEBANKRAPAN Selepas terbitnya buku BANKRAP BUKAN MUFLIS SIRI 1 - PENGENALAN DUNIA BANKRAP - kini kami terbitkan pula Siri 2- PENTADBIRAN KEBANKRAPAN. Sebuah buku yang merupakan kesinambungan dalam pengajian ilmu kebankrapan. Dalam Siri 2 ini, pembaca akan didedahkan dengan borang- borang berkaitan serta urusan pentadbiran sesuatu kes bankrap yang dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Ia dapat mendedahkan kepada pembaca tentang sesuatu proses urusan kebankrapan itu berlaku dan borang-borang birokrasi dalam proses yang terlibat. Juga didedahkan tentang kesalahan berkaitan borang-borang pentadbiran kebankrapan yang boleh menyebabkan seseorang bankrap dikenakan Waran Tangkap dan Waran Komital, iaitu dipenjara. Semoga dengan pendedahan tentang proses teknikal dalam urusan kebankrapan dan borang-borang yang berkaitan, dapat memberi manfaat kepada semua. Ilmu kebankrapan bukan sahaja tentang teori tetapi merupakan proses teknikal yang perlu difahami sebaiknya mengikut peruntukan undang-undang dalam Akta Insolvensi 1967