Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Kamus ini diterbitkan merangkumi dua polisi iaitu kejelasan dan kefahaman terhadap pengertian, menjadikannya sebuah kamus yang sangat praktikal digunakan dan komprehensif. Kamus ini sangat sesuai digunakan oleh para pelajar dari peringkat rendah, menengah, pengajian tinggi dan universiti. Ditampilkan secara lengkap dan sistematik dengan kandungan entri atau kata dasar melebihi 26,000 perkataan. Di awal kamus ini dilampirkan informasi ringkas yang menarik dan bermanfaat sebagai santapan minda. Kamus ini pastinya sangat berguna khususnya kepada sesiapa yang ingin menguasai bahasa inggeris dan bahasa Melayu.