Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Kamus ini dibangunkan dengan tujuan utama untuk membantu pelajar dan semua golongan bagi memperkaya perbendaharaan kata dan mempertingkatkan pemahaman mereka dalam kedua-dua bahasa; Melayu dan Inggeris. Dalam marcapada yang semakin memerlukan komunikasi yang berkesan dan berinteraksi dengan mantap, kemahiran berbahasa yang baik adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan. Dengan pilihan kata dan frasa yang teliti dan tepat, kamus ini dicerakinkan untuk memenuhi keperluan pendidikan dan komunikasi sehari- hari pelajar dan semua golongan. Arakian, kamus ini juga menyediakan definisi yang jelas serta mudah difahami.