Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Rumah atau istana di syurga tentunya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana istana di dunia. Keindahan dan kemewahan syurga tidak dapat dibayangkan. Ia mengingatkan kita supaya sentiasa beramal dengan amalan-amalan ahli syurga. Bukan mudah untuk memastikan hari pertama kita berada di dalam syurga kerana ianya memerlukan perjuangan dan amalan yang banyak semasa hidup di dunia. Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan onak dan duri. Manakala perjalanan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Syurga merupakan tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh.