Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Perumpamaan juga dikenali sebagi amthal, telah didatangkan oleh Allah SWT dalam al-Quran sebagai kefahaman manusia terhadap sesuatu isu yang dibincangkan. Antara perumpamaan atau kiasan yang didatangkan menyentuh beberapa aspek kehidupan seperti akidah, syariat akhlak dan pemikiran. Menggunakan laras bahasa yang mempunyai nilai estetika, membuatkan setiap perumpamaan yang diterjemah, menghasilkan mesej penting untuk diteladani. Bahkan, memudahkan setiap manusia menghayati panduan yang diturunkan oleh Allah SWT.