Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Dia tidak seperti gadis-gadis normal yang lain kerana ada satu kelainan dalam dirinya yang dikenali sebagai 'little space... di mana dia masih lagi berada dalam jiwa kanak-kanaknya. "Adik nak cat ni boleh, angah? Jadi kawan Teddy..." Mawar Qaisara. Mawar Qaisara, si gadis yang memiliki keistimewaan itu. Tutur kata, perbuatan dan tingkah lakunya persis budak tadika mampu menarik perhatian seorang Syed Syakil, si buaya darat tersohor di Malaysia. Mereka disatukan atas persetujuan keluarga. Membuka langkah lebar untuk Syed Syakil memikat hati si pencuri hatinya itu. "Mawar suka abang tak?" Syed Syakil. "Erm... tak..." Mawar Qaisara. Penolakan kecil tak membuatkan Syed Syakil mengalah di pertengahan jalan. Mawar Qaisara harus menjadi miliknya. "Because I like you..." "You look so beautiful and stunning tonight..." Kuat betul penangan Mawar Qaisara sampai boleh menundukkan buaya darat! Syed Syakil tidak peduli. Sesiapa pun yang ingin memisahkan mereka, akan dia hadapi walaupun terpaksa bergadai nyawa! Namun... ada satu rahsia besar yang disimpan oleh Mawar Qaisara