Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Syafiqah Hanin seorang yang bersemangat kental dan tidak mudah berputus asa. Kekangan masa, tugas dan tanggungjawab tidak pernah membuatnya mengalah. Namun, insiden dengan penyelia kertas projeknya membuatkan dia hampir tersembam. Dia tidak pernah menyangka hatinya akan terjatuh suka kepada pensyarahnya sendiri. “Kita boleh padam semua ni! Ia ibarat api kecil. Kita boleh padam semula.” – Ustaz Mohd Izzat “Ya ALLAH! Hati perempuan mana yang telah kusakiti ini? Sesungguhnya, aku tidak pernah mengingini perasaan ini. Cinta pertamaku hanya untuk ALLAH!” Syafiqah benar-benar dalam dilema. Kembali semula kepada cinta lamanya atau meneruskan cinta yang baru bermula? Sesungguhnya, bila hati pernah dilukai… membuat pilihan itu terlalu sukar.