Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Misi menjejak pemilik asal Kuasa Elemenyal telah membawa BoBoiboy dan rakan – rakan ke Planet Baraju, sebuah planet yang terbahgai kepada dua bahagian dengan iklim yang berlawanan. Namun mereka secara tak sengaja terperangkap di dalam peperangan di antara puak Bara dan Salj yang berlanjutan sejak ratusan tahun lamanya. Dan di dalam kekecohan peperangan tersebut, BoBoiboy dan rakan terpisah kepada tiga Kumpulan. Ketiga – tiga pihak mempunyai perspektif yang berbeza tentang bagaimana bermulanya peperangan di antara Bara dan Salju. BoBoiboy serta yang lain mencari jalan untuk mendamaikan kedua – dua pihak yang bertelagah atau kemelut di Beraju tidak akan menemui jalan penamatnya. Kompilasi ini merupakan himpunan komik BoBoiboy Galaxy Musim 2 isu 19 hingga 23 dan bonus Komik Pengembaraan Hang Kasa Bahagian 4.