Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Kewujudan Kesultanan Melayu Melaka merupakan asas pembinaan negara dan bangsa Melayu. Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin berkata, Melaka digambarkan mempunyai masyarakat yang tersusun, berperaturan serta mempunyai pentadbiran dan politik yang tersendiri. Namun, sayangnya selepas penat lelah tujuh Sultan mempertahankan kegemilangan empayar, Sultan Mahmud Syah merosakkan segalanya. Barangkali Sultan Mahmud Syah tidak pernah terdetik bahawa tindakannya yang menahan rombongan Lopez de Sequiera atas hasutan pedagang Arab dan India, membawa bencana kepada Melaka. Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque dengan kapal perangnya, Flor de La Mar telah menyerang bandar dan pelabuhan Melaka bagi membalas dendam.