Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Di tengah kehidupan moden di mana umat manusia mula hanyut terlena dengan kehidupan duniawi, ramai di antara mereka yang kehilangan panutan dan mengalami krisis nilai akhlak. Ajaran agama tidak lagi diendahkan, sifat saling menghormati antara satu sama lain kian memudar dan hukum yang berlaku kini adalah sama dengan hukum yang berlaku di dalam hutan belantara. Idola generasi muda masa kini adalah para artis, pelakon dan penyanyi, di samping saluran-saluran media jarang menampilkan program-program yang dapat menanamkan nilai-nilai akhlak dan memaparkan kisah-kisah tokoh panutan. Ramai di antara kita sebagai umat Islam yang tidak lagi hafal dengan nama-nama para nabi dan rasul, apatah lagi untuk mentaulaani jejak langkah mereka.