Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Kamus Klasik Komprehensif ini merupakan variasi daripada kamus-kamus bahasa Melayu yang lain. Kamus ini merupakan sumber rujukan autentik yang turut memperkaya dan memartabatkan bahasa Melayu pada pelbagai peringkat. Kamus ini merupakan sebuah kamus mampu milik dan mesti dimiliki oleh murid-murid sekolah menengah dan guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu terutamanya tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Keberadaan Kamus Klasik Komprehensif ini dalam pasaran bertepatan dengan waktunya kerana dapat membantu murid memahami soalan Bahasa Melayu Standard (Soalan 4 Kertas 2 Bahasa Melayu SPM) dengan lebih mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana kosa kata dalam Kamus Klasik Komprehensif ini bukan sahaja disusun mengikut susunan aksara dan makna yang tepat malah berkaitan dengan situasi. Bukan itu sahaja, contoh dan ilustrasi yang dimuatkan dalam buku ini dapat menjadikan buku ini sebagai sumber rujukan autentik untuk menjawab soalan peperiksaan dan sekali gus menarik minat murid untuk membaca serta mengkaji genre klasik. Kamus Klasik Komprehensif ini juga dapat dijadikan sebagai rujukan eksklusif pada peringkat pengajian tinggi. Pelajar-pelajar dalam jurusan Pengajian Bahasa Melayu di universiti, institusi perguruan dan Kolej Tingkatan 6 boleh merujuk kamus ini untuk melengkapkan tugasan mereka dengan efektif dan efisien.