Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Memang rumit berhubungan dengan manusia. Ada saja konflik yang muncul, atau harapan yang tidak dipenuhi – baik sesama suami isteri, ibu bapa dengan anak, guru dengan anak murid, mahupun majikan dengan pekerja. Kegagalan memenuhi harapan-harapan ini membuatkan perhubungan menjadi semakin dingin dan kaku. Interaksi dirasakan hanya seperti transaksi; maknanya menghilang. Patutkah kita memilih untuk menyendiri saja? Hakikatnya, tidak lengkap hubungan dengan Allah SWT tanpa hubungan dengan manusia. Manusia ialah ciptaan yang secara fitrahnya hidup secara bersosial. Kita tidak akan bahagia dengan hidup bersendiri di dunia ini.