Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Amalan sihir, santau dan saka telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Sebahagian daripada amalan tersebut merupakan juzuk daripada ilmu sihir atau ilmu hitam yang pada asasnya dipelajari khusus untuk kepentingan diri dan keluarga. Namun begitu, amalan sihir, santau dan saka sudah berubah fungsinya disebabkan berlaku perubahan dalam realiti keilmuan, suasana dan cara pemikiran. Keadaan yang berlaku pada masa ini, ilmu-ilmu tersebut dipelajari untuk merosakkan kehidupan dan menganiayai orang lain. Meskipun, amalan tersebut sudah berkurangan disebabkan kesedaran agama, namun masih lagi wujud dalam masyarakat Melayu.