Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Jangan pernah jadikan aku pilihan kedua dalam hatimu... Intan Syuhailah – Disebabkan emaknya tak nak dia menjadi anak dara tua, maka Intan pun diperkenal dengan anak Mak Cik Ani yang muda tiga tahun daripadanya. Duda anak satu pula tu! Zharul Ariffin – Laju saja dia terima bila emaknya nak perkenalkan dia dengan anak dara lanjut usia itu. Sebab hati Zharul memang dah tak terberkenan sangatlah pula. Tak kisahlah dia cik adik dan Intan cik kak. Masing-masing dah main mata. Sesi kenal-kenal pun dah bermula. Hati dah sukalah tu. Tapi, bila mak masing-masing tanya pasal progres, jawapan mereka adalah, “Kenal-kenallah dulu.” Selepas itu, tiba-tiba mak su Intan jadi tukang cantas. Mak su dan Mak Cik Ani merancangang nak jodohkan Zharul dengan Kamelia pula. Sebab Kamelia itu lebih muda daripada Zharul. Zharul tarik diri. Intan hancur hati. “Mak su hang nak cari pengantin ganti untuk 27 Jun tu. Khai nak kahwin dengan hang dan dia nak majlis dibuat pada 27 Jun tu juga. Supaya majlis tu tak batal.” “Batal? Kenapa pula nak batal?” “Kamelia dengan Zharul tak jadi kahwin.” Baru nak move on, tiba-tiba mak su pinang Intan untuk anak lelakinya, Khairul. Mak Cik Ani pun tiba-tiba ikut buat gila pinang Intan untuk Zharul. Haih, tiber Intan laku macam pisang goreng panas pula! “Datanglah 10 orang pun pinang aku di hari yang sama tu. Atau 10 orang nak buat kenduri di tarikh yang sama dan pengantin perempuannya aku. Aku tetap pengantin ganti. Isteri ganti!” - Intan Syuhailah