Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Invisible Wound bermaksud luka yang tidak tampak. Itulah luka emosi atau kecederaan psikologi yang berlaku dalam diri seseorang. Berbeza dengan luka fizikal yang nampak jelas di mata, ia berbeza dengan luka emosi di hati, tidak tampak di mata tetapi ia dapat dirasa. Dan seringkali kita mengabaikan luka itu dengan anggapan bahawa masa akan menyembuhkan. Namun, benarkah masa menyembuhkan? Ya, benar. Luka memerlukan masa untuk sembuh. Namun luka juga memerlukan rawatan yang membantu untuk membersihkan luka, disapu ubat tertentu dan dibalut luka itu. Bahkan, ada ketika luka itu perlu dibuka dan disapu ubat dan dirawat berkali-kali.