Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Kompilasi Komik Boboiboy Galaxy Musim 2: Seruan Rimbara 01 Pengembaraan baharu BoBoiBoy bermula! Selepas ancaman Retak'ka berjaya dibendung, TAPOPS kini membuka markas baharu di Bumi suapaya misi pencarian Power Sphera dapat diteruskan dengan lebih lancar. Namum begitu, Adu Du yang merupakan seteru utama BoBoiBoy masih lagi menyimpan hasrat untuk menjadi Pemburu Power Sphera terulung. Laksamana Tarung menyerahkan satu misi baharu kepada BoBoiBoy dan rakan-rakan; BoBoiBoy perlu mempelajari cara untuk mengawal semua Kauasa Elemental miliknya supaya keselamatan galaksi lebih terjamin dari segala ancaman di masa hadapan. Atas nasihat dari Tok Kasa, para superhero dari Bumi ini mengembara ke Planet Rimbara bagi mergunkai misteri yang menyelubungi Kuasa Elemental. Planet Rimbara merupakan bekas jajahan Penguasa Elemental Balak, King Balakung, dan antara planet pertama yang diserang oleh Retak'ka. Dan di sebalik kehijauan yang meliputi planet tersebut, tersimpan satu rahsia yang mungkin dapat membantu BoBoiBoy untuk membuka potensi dalam dirinya. Kompilasi Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 Jilid 1 mengandungi Isu 1 - 5. Termasuk stiker & artcard