Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
“Kenapa kita dah tak macam dulu lagi? Awak cuma ada secara fizikal, tapi emosi dan fikiran di tempat lain.” Orang cakap, makin lama berkahwin, kita makin kenal dan faham pasangan. Sepatutnya makin serasi. Tapi, kenapa ada hubungan yang terasa semakin hambar? Perbualan harian hanya sekitar perkara rutin. Ada waktunya, lebih banyak berselisih faham daripada bersefahaman. Adakah perhubungan dikira gagal apabila perasaan cinta dan kasih memudar? Hakikatnya, membangunkan sebuah rumah tangga adalah satu proses panjang yang tiada noktah akhir. Rasa gembira semata-mata bukanlah tujuan utama kehidupan, tetapi perkongsian makna itulah yang menggerakkan kedua-dua pasangan ke arah kehidupan yang membahagiakan.