Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Al-Quran ialah cahaya, petunjuk dan nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada sekalian alam. Sebagai mukjizat terakhir dan teragung daripada-Nya, wahyu yang diturunkan dalam bahasa Arab ini sememangnya indah dan penuh dengan hikmah yang tidak dapat kita fahami sepenuhnya sekiranya dibaca secara bersendirian. Sungguh ajaibnya al-Quran ini, meskipun berbeza bahasa, tetap menyentuh hati, menggenggam jiwa malah meniupkan nyawa bagi kehidupan di dunia ini. Alangkah indahnya jika kita mampu menghayatinya, walau hanya secebis hikmah.