Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Adakah terdapat cahaya atau bunyi di sekeliling kita yang tidak dapat dilihat atau didengari? Mengapakah kita boleh minum air berkabornat dengan menggunakan penyedut? Mengapakah kayu penyepit yang dimasukkan ke dalam air kelihatan patah dua? Mengapakah badan terasa seperti dicucuk jarum sebaik sahaja kita menanggalkan sweater? Buku komik ini menceritakan sebanyak 54 perkara mengenai fizik dengan penyampaian yang menyeronokkan. Pembaca cilik dapat sama-sama meneroka dunia di sekeliling yang penuh warna-warni melalui pembacaan. Lalu, ia akan mencetuskan minat mereka untuk meneroka dunia sains yang serba luas dan menarik.