Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Buku ini mengandungi beberapa pengajaran, fatwa, wasiat dan nasihat beliau berkenaan dengan sikap kerohanian, khususnya kepada murid-murid beliau dan umumnya kepada kaum muslimin seluruhnya. Walaupun fatwa dan nasihat ini beliau sampaikan lebih kurang 900 tahun yang lalu, namun isi atau kandungannya masih relevan hingga masa kita sekarang ini, dan ia amat berguna untuk dijadikan panduan oleh semua lapisan masyarakat, baik para da’i, guru-guru, ibu bapa dan pemimpin masyarakat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka selaku pembawa amanah Allah di permukaan bumi ini, terutama dalam menundukkan pengaruh nafsu dan syaitan terhadap diri manusia dan dalam usaha kita mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.