Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Surianti Ramli berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang masakan professional. Bermula sebagai blogger, kini beliau aktif di Instagram dan Youtube. Mempunyai lebih daripada 350 ribu pengikut di Instagram, serta berpengalaman bekerjasama dengan pelbagai syarikat berprestij di Malaysia, membuktikan kredibiliti beliau dalam bidang masakan. Bagi melebarkan lagi kredibiliti beliau dalam bidang ini, Surianti Ramli tampil dengan buku “Resipi dari Dapur Surianti” yang menyajikan 40 resipi masakan kampung yang diturunkan dari generasi ke generasi. Pelbagai resipi masakan kampung berasaskan ayam, ikan, daging, makanan laut dan telur, disampaikan dengan cara mudah dengan langkah demi langkah, bagi memastikan pembaca dapat menghasilkan masakan seperti resipi yang disampaikan. Resipi masakan kampung sesuai dimasak untuk pelbagai hidangan, sama ada untuk dinikmati semasa sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam. Resipi-resipi yang ada di dalam buku ini mampu diikuti oleh sesiapa sahaja di luar sana, sama ada yang mahu belajar memasak, mahupun buat mereka yang cintakan masakan kampung dan ingin mendalami serta menambah baik cara masakan mereka. Resipi-resipi dari dapur Surianti pastinya dapat memenuhi citarasa anda.
ISI KANDUNGAN
Prakata 6 Biodata Ayam 10 Ayam Masak Lemak 13 Ayam Masak Ros 16 Ayam Panggang Lada Hitam 18 Ayam Goreng Berempah 20 Ayam Masak Mentega 22 Ayam Masak Halia 24 Ayam Masak Sos Lemon 26 Ayam Percik Ikan 30 Asam Pedas Ikan Pari 32 Kari Ikan Talang Tumis Darat 34 Ikan Siakap Masak Sos Masam Manis 37 Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa 40 Ikan Pari Bakar 42 Ikan Siakap Kukus Asam Boi 44 Sambal Ikan Bilis Tempe 46 Acar Ikan Masin Daging 50 Daging Goreng Lada Hitam 52 Kerabu Daging 54 Daging Kandar 56 Daging Masak Hitam 58 Daging Masak Kicap Bawang Goreng 60 Perut Lembu Air Asam 62 Daging Masak Jintan 64 Daging Masak Biryani Makanan Laut 68 Sotong Bakar Dengan Sos 70 Udang Berlada 72 Sambal Sotong Kembang 74 Ketupat Sotong 77 Udang Masak Sos Tiram 80 Ketam Masak Cili 82 Kari Kerang Nanas Berkerisik 84 Udang Masak Tempoyak Petai Telur 88 Kurma Telur dengan Kentang 90 Kari Telur Kacang Dal 92 Sambal Telur Puyuh 94 Kerutuk Telur Berkentang 96 Sup Telur Cendawan Tiram 98 Masak Lemak Telur Masin dengan Belimbing Buluh 100 Telur Mata Kacang Panggang 102 Telur Rebus Sambal Cili Api