Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
“Sebagaimana dengan melihat pokok-pokok yang menghijau akan memberi ketenangan kepada hati dan membawa ketenteraman kepada jiwa, begitulah juga hati dan jiwa akan menjadi tenteram, bahagia dan tenang ketika melihat, membaca atau mendengar akhlak dan peribadi agung yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.” Sebuah buku berkaitan sirah hidup Rasulullah SAW: Ia bukan hanya memaparkan fakta dan sejarah, tetapi juga memuatkan kisah-kisah atau dialog-dialog yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi sebagai ibrah dan penyegar minda. Ia akan lebih mendekatkan pembaca dengan suasana sebenar pada zaman Baginda.