Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Sejarah telah mencatatkan bahawa Mat Kilau adalah seorang pahlawan dari negeri Pahang yang suatu ketika dulu bangun menentang penjajah yang bertapak di tanah air. Beliau mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan pemikiran yang matang terutama dalam mengatur strategi menentang penjajah. Hakikat ini menjadikan beliau seorang yang amat disegani dan dihormati bukan sahaja oleh masyarakat setempat bahkan juga oleh penjajah. Lantaran itu penjajah amat membenci beliau dan menganggap beliau seorang pemberontak. Keberanian sebagai pahlawan terbilang sentiasa diingati hingga ke hari ini.