Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Rasulullah SAW mengamalkan gaya hidup yang sederhana, malah dalam soal makan dan minum juga baginda mempraktikkan cara yang sederhana. Nabi SAW amat mengutamakan kualiti makanan atau minuman, cara atau adab pengambilannya serta jumlah atau kuantiti yang sesuai untuk kita. Selain itu adab yang melibatkan kerohanian juga ditekan dalam pengambilan makanan atau diet. Hasil yang kita masukkan ke dalam bahan itu adalah yang bersih, berkhasiat dan halal. Ini adalah keindahan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan kita semua.