Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Apabila membaca kandungan Surah al-Kahfi dari awal sehingga akhir, kita akan membaca empat kisah yang dirakamkan di dalamnya iaitu kisah pemuda bersembunyi di dalam gua, kisah pemilik dua kebun dan sahabatnya, kisah Nabi Musa dan Khidir juga kisah Zulqarnain. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai orang yang mahir menyampaikan cerita dengan lenggok bahasa visual, berjaya memberi gambaran cerita-cerita ini seolah-olah kita terbayang ia berlaku di depan mata. Melalui alunan desir penyampaian Tuan Guru, memberi kefahaman yang jelas tentang tujuan cerita serta pengajaran terselindung di sebalik cerita-cerita ini.