Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Dia menantu yang tidak diiktiraf, hanya kerana dirinya seorang gadis kampung tang tiada gelaran. Sejak anak dan suaminya dibawa pergi, hidup Jeha berubah 360 darjah. “Aku tak gila. Sumpah aku tak gila! Yang gila, orang yang pisahkan aku dengan anak aku.” – JEHA Ditakdirkan selepas 20 tahun, anak itu kembali ke Lipis mencarinya, namun kisah duka belum berakhir. Penghinaan demi penghinaan terpaksa dihadapai angkara kisah silam ibunya. “Mustahil kota bersatu Izz, cinta perlukan pengorbanan.” – SALEHA Adakah Izzudin dan Saleha perlu mengorbankan cinta yang membara kerana dendam keluarga mereka? “Jangan mengulangi kesilapan ibu sayang. Jangan berkahwin tanpa restu keluarga.” – JEHA “Tak pernah ada keturunan aku bersatu dengan orang kebanyakan …” -SYARIFAH AMINAH Terungkaikah dendam lama? Adakah ujian hidup mengangkat diri di sisi Tuhan? Bagaimana kesudahan Jeha, Saleha, serta Izzudin, kekasih hatinya?