Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
"SEMBANG KARI Gadis itu mula megesot cuba untuk menghampiri Harun, Tangannya mula menolak tubuhnya sendiri. Kepalanya masih lagi ditundukkan. Seolah-olah berat untuk diangkat. Harun terus kaku. “Mak! Hantu!!!” Melengking suara Harun menjerit cuba mengatasi bunyi deru hujan yang turun. Serentak dengan itu dia mengorak Langkah seribu, Tidak peduli pada simen licin, Harun mahu menyelamatkan dirinya, Terpekik-terlolong dia menjerit. SANG KEKASIH “Sayangku… Kau dan aku akan Bersatu selamnya selagi nyawa dikandung badan. Sudah lama aku menantikan saat ini. Cinta yang terbina antara kita sudah berkurun dan takkan pudar ditlean waktu mahupun usia…” Suara itu terus-menerus memujuk Azlira agar tidak berpaling kepadanya dan melupakan pada si suami sendiri. “Mari sayangku… Marilah ke dalam pelukanku… Ke sini sayang…” Suara itu terus memanggil membuatkan genggaman tangan Azlira di tombol pintu semakin kejap. HASUTAN SYAITAN “Aku nak hidup balik… aku janji takkan buli kau lagi… Mereka nak bawa aku masuk ke api neraka! Aku tak sempat bertubat! Aku sakit!!!” Jasad Khairil perlahan-lahan terbelah kepada beberapa bahagian sehingga darah memancut keluar mengenai tubuh Adam yang tiba-tiba sahaja kaku. Dia menyaksikan sendiri bagaimana tubuh itu hancur lebur dan dimamah api marak. Lautan darah tiba-tiba sahaja menghempas tubuhnya. “Tolong! Tolong!” Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah dan pengalaman barangkali dijadikan cerita untuk direnungi. Beranikah anda melihat dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam KEMBARA MISTIK?"