Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Setiap orang pasti ada cara memasak mereka tersendiri, yang mana kita gelarkan sebagai air tangan, bermula daripada teknik menyediakan bahan, hinggalah saat api ditutup menandakan makanan sudah siap dimasak. Oleh sebab itu, rasa makanan tetap berbeza jika dimasak oleh individu yang berbeza. Lebih-lebih lagi jika masakan kita disediakan ikhlas dari hati, dijamukan pula kepada orang yang tersayang. Menghimpunkan pelbagai menu yang menjadi kegemaran beliau seperti Rendang Ayam, Ikan Patin Tempoyak dan Singgang Ikan Tongkol, buku masakan ini disertakan dengan langkah demi langkah yang mempamerkankini. Resipi-resipi tersebut kini dibukukan dengan satu harapan, iaitu agar ianya dapat menjadi rujukan dan kenangan kepada beliau dan keluarga tersayang. Seterusnya dapat menjadi inspirasi kepada pembaca dan pengikut-pengikut beliau di laman sosial Rosehayatie Kitchen. Nukilan resipi-resipi ini membariskan pelbagai jenis menu masakan kampung. Resipi-resipi yang terkumpul di dalam buku ini juga mampu diikuti oleh sesiapa sahaja di luar sana, sama ada yang mahu belajar memasak, mahupun buat mereka yang cintakan masakan Melayu dan ingin mendalami serta menambah baik cara masakan mereka. kepelbagaian resipi yang telah dipelajari beliau dari usia remaja hingga
Roshayati Jamaludin merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mula berkongsi video masakan di laman media sosial Instagram pada tahun 2016. Menggunakan nama pengguna Rosehayatie_ Kitchen, beliau mula memuat naik video tutorial masakan hanyalah atas dasar suka-suka. Hari demi hari, muncul rasa minat untuk terus membuat perkongsian video masakan setelah mendapat sambutan yang meriah daripada pengunjungpengunjung media sosial Instagram tersebut. Sejak mendirikan rumah tangga khususnya, minat untuk memasak sudah pun sebati dengan diri beliau. Resipi masakan makanan yang banyak beliau kongsikan ini banyak diilhamkan daripada ibu beliau, saudara-mara serta kenal-kenalan di laman sosial. Laman Instagram beliau dijadikan sebagai satu platform utama yang memberi peluang kepada beliau untuk membuat perkongsian kepada semua pengikut beliau tentang resipi masakan tradisional yang enak dan juga masakan kampung yang ringkas yang menjadi kegemaran keluarganya. Kini, laman sosial Instagram Rosehayatie_Kitchen merupakan antara akaun masakan terkenal yang menjadi tempat rujukan utama ramai pengunjung yang mahu belajar masakan dan juga merekamereka yang mencari inspirasi dan idea menu masakan.
ISI KANDUNGAN
"18 Kari Ayam 20 Kurma Ayam 22 Ayam Masak Kicap 24 Ayam Paratal 26 Sambal Ayam 28 Ayam Goreng Kunyit 30 Rendang Ayam 32 Ayam Berlada 34 Masak Lemak Ayam 36 Asam Pedas Ayam 38 Sup Ayam Tumis Darat 42 Daging Lada Hitam 44 Rendang Daging 46 Daging Masak Hitam 48 Masak Lemak Perut Lembu dan Nangka Muda 50 Asam Pedas Daging 52 Daging Dendeng 54 Kari Daging 56 Paru Berlada 58 Sup Tulang Tumis Darat 62 Kari Udang 64 Asam Rebus Ikan 66 Singgang Ikan Tongkol 68 Sotong Tumis Serai 70 Gulai Ikan Kembung 72 Sup Ikan 74 Laksa Utara 76 Ikan Berlada 78 Sambal Ikan Bilis Petai 80 Ikan Patin Tempoyak 82 Sambal Sotong 84 Sambal Udang Petai 86 Masak Lemak Ikan Masin dan Nanas 88 Ikan Masak Cuka 92 Air Asam Kerisik 94 Asam Rebus Batang Keladi 96 Masak Lemak Nangka dan Ikan Masin 98 Pajeri Nanas 100 Pajeri Terung 102 Kerabu Pucuk Paku "