Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Lima tahun berumahtangga, kehidupan Sarah dan Tengku Ishaan bahagia sebagaimana pasangan lain. Segala masalah bermula bila Tengku Ishan tiba-tiba berubah tingkah. Lelaki itu sentiasa pulang pada lewat malam. Malah ada rahsia yang disimpannya daripada pengetahuan si isteri. Sekaligus menimbulkan rasa curiga pada Sarah. Sakit hati, marah, kesal. Semua itu dirasai Sarah bila dia melihat dengan mata kepala sendiri kegiatan gelap yang dilakukan si suami. Apatah lagi bila Tengku Ishaan masih cuba menegakkan benang basah biarpun semuanya sudah terbongkar di depan mata. Hingga menimbulkan pertengkaran antara mereka. “Sampai hati abang tipu saya. Abang kata abang dah tinggalkan dunia gengster. Kalaulah saya tak ekori abang tadi, sampai mati pun saya sangka abang dah berubah.”- Sarah “Sayang jangan nak biadab dengan