Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Ada waktunya kita rasa hidup ini kurang bermakna, sedangkan segala-galanya nampak cukup dan sempurna. Seharusnya kecukupan ini mendatangkan bahagia yang didamba. Di manakah sebenarnya ketenangan? Saban hari, dari pagi hingga malam kita mencari dan mengimpikan rasa tenang. Ia sentiasa datang dan pergi dengan sendiri. Ketenangan itu tidak pernah kekal dengan kita, dan akan selalu didamba. Mungkin sebenarnya, ketenangan hakiki itu tidak terletak di dunia. Tenang hadir hanya sementara, cukup untuk membuatkan kita ternanti-nanti bila ia akan hadir semula.