Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
PEMBUKAAN BAITULMULQADDIS Selepas Baitulmulqaddis jatuh ke tangan tentera Salib, umat Islam mula kehilangan taring. Kerajaan Salib Jerusalem pula terus kukuh mempertahankan Baitulmulqaddis. Namun apabila Kota Edessa jatuh ke tangan Sultan Imaduddin Zangi, Kerajaan Salib mula resah. Bantuan segera dipohon daripada kerajaan-kerajaan Eropah, lalu bilangan tentera yang besar dari Eropah datang membantu dengan membawa semangat Perang Salib Kedua, semangat yang lebih kuat bagi menakluki lebih banyak wilayah Islam. Pada saat getir itulah munculnya seorang pemimpin legenda iaitu Salahudin Al-Ayubi. Berjayakah beliau menyekat tentera Salib dan membuka kembali Kota Baitulmulqaddis kepada umat Islam?