Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
JATUHNYA BAITULMULQADDIS Siri peperangan paling panjang dalam sejarah peradaban manusia ini bermula apabila Maharaja Alexis I meminta bantuan Barat demi mempertahankan Empayar Rom Byzantine. Lantas dalam ucapannya di persidangan Clermont, Paus Urban II menyeru agar membantu Empayar Rom Byzantine. Dia juga menyeru kepada balas dendam serta membebaskan Baitulmugaddis. Seruan itu tersebar ke seluruh Eropah sehingga akhirnya puluhan ribu sukarelawan berkumpul di Kota Konstantinopel. Sementara itu di Timur, Kerajaan Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah, tanpa menyedari, satu gerombolan tentera yang tinggi semangat juangnya dan yang akan menghancurkan segala yang menghalang, sedang menuju ke arah mereka. Itulah gerombolan tentera Salib!