Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
“Patutnya kalau dia sunyi sangat, pergilah cari calon isteri untuk diri sendiri. Kenapa aku pula yang kena kahwin? Aku tak nak.” - MIKAEL Fikirnya kalau boleh hidup sendiri, kenapa perlu ada orang lain jadi peneman? “Betul la apa yang aku fikirkan. Macam dalam cerita dongeng Cinderella tu... Cuba kau bayangkan Cinderella dah imagine dia kahwin dengan tuan putera. Tuan putera dah jumpa kasut yang sesuai dengan kaki Cinderella. Tapi endingnya, tuan putera tu cakap... I don’t love you. I want to marry other women. Kau tak rasa Cinderella tu boleh kena strok lepas dengar tuan putera tu cakap macam tu?” Demi menunaikan harapan arwah mamanya, Mikael Lutfi serba salah. Sepasang kasut diberikan sebagai janji. Tanda niat untuk satukan hubungan suci. Hati Mikael dalam dilema, mahu sahaja dia ambil kasut tu semula. “Aku nak minta balik kasut mama aku...” “Kenapa?” - SUHAILA “Dah tak perlu rasanya kau nak simpan. Aku pun dah ada orang lain,” Apa pun yang terjadi, Mikael sanggup harungi, daripada dia bersama dengan perempuan yang tidak dicintainya. Biarlah Mikael tidak jadi tuan putera sekalipun, dia tidak pernah teringin kejar ‘Cinderella’ untuk hidup bersama. Adakah misi Mikael akan berjaya? Jika ‘Cinderella’ tidak mahu pulangkan semula kasutnya, patutkah dia ‘curi’ kasut tersebut? Adakah ‘Cinderella’ tidak semestinya bersama dengan tuan putera? Mungkin kisah ‘Cinderella’ ini bukan seperti dongeng cliche yang biasa didengari?