Maklumat Produk
Description
(SIRI 4) 25 RESIPI IKAN BILIS
SEKARANG: RM 5.00 (-0%)
AHLI: RM 5.00 (-0%)
MAKLUMAT PRODUK
Semua orang minat donat. Apabila memakan donut yang gebu dan ringan, kita pasti akan jatuh cinta kepadanya. Donat adalah doh yang diterap dan digoreng dan kemudian disalut dengan gula berperisa atau aising. Saya memula menulis buku donat saya dengan donat zama dulu. Donat ini mempunyai tekstur yang lagi rangup dan permukannya tidak halus. Ini menyenangkan gula dan aising melekat di permukaannya, kemudiannya menghasilkan donat yang sangat sedap. Di antara donat yang saya pernah cuba, saya paling suka donat yang digoreng. Donat jam dengan jamnya yang keluar memeleh dari donatnya adalah kesukaan saya. Saya tidak boleh tahan diri saya daripada menambah durian musang king kepada donat saya. Sebab “trend” sekarang adalah pandan, saya mencipta donat Onde-Onde di mana saya letakkan ketulan gula melaka di tengah-tengah bebola donut. Bila digoreng, gula melaka itu mulalah cair. Saya sangat teruja waktu mencuba berbagai jenis donat untuk buku ini dan seronok mencuba memasukkan bahan tempatan kepada resipi-resipi donat saya. Apabila saya memula memasak donat di dapur sendiri, barulah saya sedar perbezaan kualiti dan rasanya yang sangat ketara dan anda tak beli donut di luar lagi
"Biodata Marina Mustafa adalah penulis buku masak dengan 14 buah buku berlainan tajuk. Setengah dari buku masakannya telah disenaraikan dalam kategori ‘buku masak terlaris’. Tiga daripada buku Marina telah memenangi anugerah Gourmand International Cookbook Awards di Perancis pada tahun 2017 dan 2018. Pada Disember 1991, keluarga Marina telah membuka restoran Cafe Dania dan mengendalikanya selama 14 tahun. Kebanyakan masakan yang dihidangkan adalah kontinental atau masakan ala barat. Marina ialah duta kepada Philips Malaysia dan telah berkhidmat semenjak tahun 2012. Kerjanya banyak melibatkan pengunaan alat perkakas dapur Philips dan Philips Avent. Di antaranya demontrasi masakan, menjadi hakim pertandingan masakan, mencipta resipi, menjalankan bengkel masakan, mengendali pek makanan media dan blogger, rakaman video masakan, menyertai pelancaran produk baru dan juga aktiviti di hospital berlainan. Marina mecipta resipi-resipi untuk syarikat antarabangsa seperti McCormick dan Saladmaster, syarikat jualan langsung seperti Tupperware dan Amway, dan juga syarikat tempatan besar seperti F&N, Gardenia dan Lam Soon Group. Pada tahun 2014, Marina dijemput untuk memasak di hadapan presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedow, untuk Asiada Master-Class Cooking Event di Ashgabat. Selain itu, Marina pernah menyertai beberapa rancangan masakan, yang pertamanya adalah ‘Dari Dapur Marina’ di Astro Awani, diikuti dengan rancanganrancangan lain yang disiarkan di TV2, TV3 dan NTV7. Marina juga menguruskan sekolah masak untuk beberapa tahun, dengan fokus kepada masakan bersama kanak-kanak, di mana sekolah masak Marina mendapat sambutan hangat dari pihak media. Marina sekarang berkerjasama dengan The Culinary Studio untuk memulakan kelas masak secara berterusan. Tambahan pula, Marina adalah juga stailis makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Daisy Marjerin. Pada tahun 2019, Marina telah menulis sebuah buku masak untuk NuMee Gardenia Marina mencipta resipi untuk NuMee Gardenia bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan khas untuk sekolahsekolah kebangsaan di mana resipi Marina diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan di semua sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Di samping itu, Marina juga mengajar memasak di masjid dan Pusat Spastik Selangor sebagai amal jariah selama 10 tahun. Secara ringkas, Marina berminat dan mahir dalam apa-apa yang berkenaan dengan makanan dan berkaitan dengan budaya dan keluarga. Marina sekarang mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan dulu-dulu tidak lupai. "
KANDUNGAN BUKU
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 8 Pengenalan – Donat Gebu 9 Ramuan yang Biasa Digunakan 12 Donat Jem dengan Aising Mentega Kacang 14 Donat Sira Bandung 16 Donat Zaman Dulu 18 Donat Pandan 20 Donat Ubi Keledek Tradisional 22 Donat Marmar 24 Donat Kulit Kayu Manis 26 Donat Cendol 28 Donat Milo 30 Donat Matcha Bersalut Gula 32 Donat Teh Tarik 34 Donat Krim Durian 36 Donat Pisang 38 Kek Donat Bakar 40 Donat Sira Gula Melaka 42 Donat Kas-kas Sira Oren 44 Kek Donat Lobak 46 Donat Terbalik Nanas 48 Donat Sira Kopi 50 Donat Onde-onde 52 Bebola Donat Berinti Kaya 54 Donat Pepperoni dan Keju 56 Donat Kentang 58 Donat Kari Ayam 60 Donat Berinti Sambal "