Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Bubur adalah makanan kesukaan semua. Bagi orang Malaysia, bubur bermakna bubur nasi. Bubur sebagai makanan Barat pula, adalah bubur oat. Selain dari bubur nasi dan oat, bubur manis juga menambah selera. Kita boleh menikmati bubur untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam juga. Ia boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Saya suka mekan semua jenis bubur. Bubur nasi yang dimakan dengan sambal udang kering kesukaan saya. Tetapi Bubur Ikan Halia dan Bubur Ayam Lobak Merah juga sesuai dengan citarasa saya. Di bulan Ramadhan, tidak sah kalau masjid tidak memasak dan menghidangkan Bubur Lambuk. Bubur Asyura pula, dimasak pada bulan Muharram dan banyak cerita di sejarah Islam tentang Bubur Asyura. Ibu dan mak mertua saya selalu memasak dan menghidangkan Bubur Asyura dalam bulan Ramadhan. Bagi bubur manis, Bubur Manis Jagung dan Sagu adalah sajian ringan dan sedap dimakan sejuk. Bubur Kacang Hijau pula sangat menyenangkan. Cubalah memasak resipi-resipi bubur di dalam buku saya ini, anda akan menikmatinya seperti saya
"Biodata Marina Mustafa adalah penulis buku masak dengan 14 buah buku berlainan tajuk. Setengah dari buku masakannya telah disenaraikan dalam kategori ‘buku masak terlaris’. Tiga daripada buku Marina telah memenangi anugerah Gourmand International Cookbook Awards di Perancis pada tahun 2017 dan 2018. Pada Disember 1991, keluarga Marina telah membuka restoran Cafe Dania dan mengendalikanya selama 14 tahun. Kebanyakan masakan yang dihidangkan adalah kontinental atau masakan ala barat. Marina ialah duta kepada Philips Malaysia dan telah berkhidmat semenjak tahun 2012. Kerjanya banyak melibatkan pengunaan alat perkakas dapur Philips dan Philips Avent. Di antaranya demontrasi masakan, menjadi hakim pertandingan masakan, mencipta resipi, menjalankan bengkel masakan, mengendali pek makanan media dan blogger, rakaman video masakan, menyertai pelancaran produk baru dan juga aktiviti di hospital berlainan. Marina mecipta resipi-resipi untuk syarikat antarabangsa seperti McCormick dan Saladmaster, syarikat jualan langsung seperti Tupperware dan Amway, dan juga syarikat tempatan besar seperti F&N, Gardenia dan Lam Soon Group. Pada tahun 2014, Marina dijemput untuk memasak di hadapan presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedow, untuk Asiada Master-Class Cooking Event di Ashgabat. Selain itu, Marina pernah menyertai beberapa rancangan masakan, yang pertamanya adalah ‘Dari Dapur Marina’ di Astro Awani, diikuti dengan rancanganrancangan lain yang disiarkan di TV2, TV3 dan NTV7. Marina juga menguruskan sekolah masak untuk beberapa tahun, dengan fokus kepada masakan bersama kanak-kanak, di mana sekolah masak Marina mendapat sambutan hangat dari pihak media. Marina sekarang berkerjasama dengan The Culinary Studio untuk memulakan kelas masak secara berterusan. Tambahan pula, Marina adalah juga stailis makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Daisy Marjerin. Pada tahun 2019, Marina telah menulis sebuah buku masak untuk NuMee Gardenia Marina mencipta resipi untuk NuMee Gardenia bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan khas untuk sekolahsekolah kebangsaan di mana resipi Marina diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan di semua sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Di samping itu, Marina juga mengajar memasak di masjid dan Pusat Spastik Selangor sebagai amal jariah selama 10 tahun. Secara ringkas, Marina berminat dan mahir dalam apa-apa yang berkenaan dengan makanan dan berkaitan dengan budaya dan keluarga. Marina sekarang mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan dulu-dulu tidak lupai. "
KANDUNGAN BUKU
"Kandungan Prakata 6 Biodata 8 Pengenalan – Bubur Malaysia 9 Ramuan dan Rempah yang Biasa Digunakan 12 Bubur Asyura 14 Bubur Lambuk 16 Bubur Ayam dan Lobak Merah 18 Bubur Nasi dengan Sambal Udang Kering 20 Bubur Ikan dan Halia 22 Bubur Teochew dengan Telur Dadar Lobak Masin 24 Bubur Kerang Kampak Kering 26 Bubur Labu 28 Bubur Lemak Udang 30 Bubur Ayam Cincang dan Telur Masin 32 Bubur Ayam dan Jagung 34 Bubur Sayuran 36 Bubur Tauhu dan Kacang Pis 38 Bubur Suji 40 Bubur Mil Oat Buah Kering 42 Bubur Pulut Hitam 44 Bubur Pulut Manis Lapan Kacang 46 Bubur Cha Cha 48 Bubur Kacang Hijau 50 Bubur Gandum Manis 52 Bubur Manis Jagung dan Sagu 54 Bubur Ubi Keledek dan Labu 56 Bubur Pisang dan Nangka 58 Bubur Kacang Merah 60 Bubur Pulut Hitam dan Putih "