Maklumat Produk
Description
(SIRI 4) 25 RESIPI IKAN BILIS
SEKARANG: RM 5.00 (-0%)
AHLI: RM 5.00 (-0%)
MAKLUMAT PRODUK
Bila kita makan dan tiba-tiba ada inti yang sangat sedap tersembunyi di dalam makanan kita, itulah makanan yang saya sukai. Saya sangat suka Yong Tau Foo sebagai sarapan, Ikan Sumbat Kelapa untuk dimakan dengan nasi putih, meratah Paf Tauhu dan Karipap sepanjang hari dan makan Onde-Onde sebagai manisan. Seronoknya! Walaupun asal-usul kita bukan dari Kelantan, kita masih boleh memasak Ketupat Sotong yang berendam di dalam kuah santan yang sedap. Kita tidak perlu ke Yemen untuk merasai Shawarma yang asli. Tidak semestinya bangsa India sahaja yang boleh memasak Samosa yang sedap. Saya bukanlah peniaga pasar malam tapi saya boleh membuat putu piring sendiri. Saya bukan bangsa Jepun tetapi anak saya pandai memasak Mochi menggunakan resipi saya dan ia sememangnya sedap! Di dalam buku ini, saya kongsikan resipi-resipi Makanan Berinti yang kita nak cuba buat tapi tak berani masak. Pulut Panggang, pau, Ban Pandan Kaya, Dumpling Ayam dan Kentang Bakar Berinti. Semua hidangan ini ada rahsia di dalamnya yang sangat senang dimasak. Cubalah masak di rumah dan rasa betapa sedapnya masakan kita sendiri!
"Biodata Marina Mustafa adalah penulis buku masak dengan 14 buah buku berlainan tajuk. Setengah dari buku masakannya telah disenaraikan dalam kategori ‘buku masak terlaris’. Tiga daripada buku Marina telah memenangi anugerah Gourmand International Cookbook Awards di Perancis pada tahun 2017 dan 2018. Pada Disember 1991, keluarga Marina telah membuka restoran Cafe Dania dan mengendalikanya selama 14 tahun. Kebanyakan masakan yang dihidangkan adalah kontinental atau masakan ala barat. Marina ialah duta kepada Philips Malaysia dan telah berkhidmat semenjak tahun 2012. Kerjanya banyak melibatkan pengunaan alat perkakas dapur Philips dan Philips Avent. Di antaranya demontrasi masakan, menjadi hakim pertandingan masakan, mencipta resipi, menjalankan bengkel masakan, mengendali pek makanan media dan blogger, rakaman video masakan, menyertai pelancaran produk baru dan juga aktiviti di hospital berlainan. Marina mecipta resipi-resipi untuk syarikat antarabangsa seperti McCormick dan Saladmaster, syarikat jualan langsung seperti Tupperware dan Amway, dan juga syarikat tempatan besar seperti F&N, Gardenia dan Lam Soon Group. Pada tahun 2014, Marina dijemput untuk memasak di hadapan presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedow, untuk Asiada Master-Class Cooking Event di Ashgabat. Selain itu, Marina pernah menyertai beberapa rancangan masakan, yang pertamanya adalah ‘Dari Dapur Marina’ di Astro Awani, diikuti dengan rancanganrancangan lain yang disiarkan di TV2, TV3 dan NTV7. Marina juga menguruskan sekolah masak untuk beberapa tahun, dengan fokus kepada masakan bersama kanak-kanak, di mana sekolah masak Marina mendapat sambutan hangat dari pihak media. Marina sekarang berkerjasama dengan The Culinary Studio untuk memulakan kelas masak secara berterusan. Tambahan pula, Marina adalah juga stailis makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Daisy Marjerin. Pada tahun 2019, Marina telah menulis sebuah buku masak untuk NuMee Gardenia Marina mencipta resipi untuk NuMee Gardenia bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan khas untuk sekolahsekolah kebangsaan di mana resipi Marina diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan di semua sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Di samping itu, Marina juga mengajar memasak di masjid dan Pusat Spastik Selangor sebagai amal jariah selama 10 tahun. Secara ringkas, Marina berminat dan mahir dalam apa-apa yang berkenaan dengan makanan dan berkaitan dengan budaya dan keluarga. Marina sekarang mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan dulu-dulu tidak lupai. "
KANDUNGAN BUKU
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 8 Pengenalan – Makanan Berinti 9 Ramuan dan Rempah yang Biasa Digunakan 12 Ketupat Sotong 14 Ikan Sumbat Kelapa 16 Tauhu Pok Sumbat Goreng 18 Popiah Goreng 20 Tauhu Pok Berinti Tauhu 22 Mochi 24 Shawarma 26 Samosa 28 Karipap 30 Putu Piring 32 Cendawan Sumbat 34 Ladu Ayam 36 Pau Kari Ayam 38 Ban Kaya Pandan 40 Kentang Bakar Berinti 42 Ketam Sumbat 44 Yong Tau Foo Terung 46 Pulut Panggang 48 Cucur Badak 50 Onde-onde 52 French Toast Sardin 54 Sosej Gulung 56 Bebola Bijan 58 Kuih Ketayap 60 Telur Sumbat "