Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Pengenalan: Jom mulakan bisnes dari rumah, belum cuba belum tahu! Taraf hidup masyarakat zaman sekarang makin meningkat, maka kos sara hidup turut melambung tinggi. Anda perlu mangambil langkah bijak untuk mencari peluang yang boleh menampung perbelanjaan. Antara kerja yang sering dijadikan sumber pendapatan sampingan adalah bisnes makanan dari rumah. Bukan sahaja makanan merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia, malah ia juga mudah dan tidak memerlukan kos yang banyak. Di Malaysia, kita mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat. Kini juga terdapat ramai orang yang suka mencuba makanan baru. Maka zaman kini adalah tempoh masa yang paling sesuai untuk mejalani bisnes makanan dari rumah. Bisnes makanan sememangnya menguntungkan dan cukup terjamin, terutamanya jika anda seorang suri rumah sepenuh masa. Ini kerana bisnes makanan boleh dikategorikan sebagai bisnes yang fleksibel, ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja tanpa mengira usia. Menjalani bisnes dari rumah merupakan cara terbaik untuk mendapat pendapatan sampingan di masa lapang, tanpa perlu mengorbankan waktu bersama keluarga yang tercinta. Selain itu, dengan perkembangan teknologi kini, menjalani bisnes dari rumah menjadi lebih senang. Hasil-hasil usaha kita boleh dijual di atas talian (online) dan keuntungan yang bakal anda capai dapat didarabkan dengan jumlah kos yang dibelanjakan. Dengan adanya resipi-resipi di dalam buku ini yang khasnya disumbang oleh Chef Ruzita Idias Ismail, termasuk Nasi Kak Wook, Paf Pastri Ayam, Donut Kastard, Sardin Gulung Bercili, Apam Nasi, Tok Aji Serban dan banyak lagi, anda boleh cuba memulakan bisnes dari rumah secara kecil-kecilan. Dengan usaha yang gigih dan strategi yang betul, pasti anda akan berjaya suatu hari nanti!
Biodata: Mengenali Chef Ruzita Idias Ismail Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam Berasal: Kota Bharu, Kelantan Pekerjaan: Bekas Pegawai Bank Hobi: Memasak, penataan makanan, mencuba resipi baru, mengambil gambar masakan dan membaca Pengalaman: ● mempunyai lebih daripada 35 tahun dalam bidang masakan ● pernah menjadi juri dalam pertanding memasak anjuran kiub pati ayam KNORR di MAHA, Serdang ● memiliki sijil hotel dan katering ● mempunyai lebih daripada 28 buku masakan dari pelbagai genre buku masakan seperti kek, biskut, lauk-pauk, kuih kukus dan lain-lain ● menyumbang resipi-resipi untuk majalah seperti Saji, Nona, Mingguan Wanita dan Rasa ● mengadakan kelas masakan secara kumpulan dan peribadi ● mengambil tempahan katering, kek perkahwinan, kek pertunangan dan kek harijadi. Selain itu, juga menerima tempahan kuih-muih dan biskut
KANDUNGAN BUKU
Kandungan 6 Prakata 8 Mengenali Chef Ruzita Idias Ismail 10 Jom Mulakan Bisnes dari Rumah, Belum Cuba Belum Tahu 12 Ramuan dan Rempah yang Biasa Digunakan AYAM & ITIK 18 Ayam Panggang Madu 20 Ayam Labu 22 Ayam Masak Taucu 24 Ayam Bali 26 Rendang Ayam 28 Ayam Paprik 30 Itik Salai Masak Lemak 32 Ayam Mentega 34 Ayam Mangga 36 Ayam Bakar 38 Itik Kari Hijau 40 Sup Itik 42 Itik Bijan Goreng 44 Kari Itik dan Serai DAGING 46 Nam Tok 48 Gulai Kawah Daging 50 Kerutuk Daging 52 Sambal Daging 54 Kurma Daging dan Terung Bulat 56 Serunding Daging Berempah 58 Daging Masak Hitam 60 Rendang Daging 62 Daging Dendeng 64 Gulai Daging Tetel 66 Sup Daging Merah 68 Kari Daging Tetel 70 Sup Ekor 72 Kambing Bakar MAKANAN LAUT 74 Lala Masak Lemak 76 Udang Masak Mentega 78 Kengsom Siakap 80 Ikan Masak Nyonya 82 Lala Sos Tiram 84 Salad Sotong 86 Bawal Masak Masam Manis 88 Selayang Goreng Berbawang 90 Gulai Ikan Kering Bersama Nanas 92 Ikan Percik 94 Asam Pedas Ikan Pari 96 Singgang Ikan Aye 98 Bawal Sos Kacang 100 Ikan Kukus Sos Cili Thai SAYUR-SAYURAN 102 Sayur Lemak Labu dan Pucuk Manis 104 Kerabu Mangga 106 Kerabu Tauge 108 Tresek 110 Bendi Goreng Daging Cincang 112 Pucuk Ubi Masak Cili Api 114 Sayur Masak Lemak Putih 116 Asparagus Goreng Udang Kering 118 Acar Masak 120 Pajeri Nanas 122 Solok Lada NASI 124 Nasi Kerabu 126 Nasi Lemak 128 Nasi Minyak 130 Nasi Beriani 132 Nasi Jagung 134 Nasi Pakapau 136 Nasi Ayam 138 Nasi Pilaf 140 Nasi Goreng Pattaya 142 Nasi Kak Wook 144 Nasi Beringin 146 Nasi Dagang 148 Nasi Arab