Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Darah memancut keluar. Kepala Salim terpisah dari badan. Haikal memegang kepala Salim dan meneguk darah yang keluar dari tubuh sahabatnya itu. Dalam sekelip mata, Haikal bertukar rupa. Kepalanya menjadi panjang. Rahang bergigi tajam pantas tumbuh di bahagian mulut. Lidahnya terjelir. Haikal dapat merasakan satu aliran tenaga memasuki tubuhnya. Urat-urat saraf seakan membengkak. Dia meraung kuat. Malah, malam ini dia kekenyangan darah segar. Haikal merangkak keluar gua. Matanya ditala ke kiri dan kanan. Pergerakannya pantas. Dia memandang bulan mengambang di dada langit, lantas membuat lolongan panjang. Burung-burung di sekitarnya berterbangan akibat disergah dek lolongan itu.