Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Jika mengikut perkiraan kronologi yang berlaku, benarkah kita sudah berada di era permulaan kebangkitan Imam Al Mahdi? Bibit-bibit kemunculannya dilihat semakin kencang? Apakah kita sedar bahawa Tentera Dajjal seramai 70,000 itu telah bersiap siaga menanti penzahirannya? Fenomena dahsyat kemarau yang berpanjangan, mengikut telahan hampir berlaku ini bakal membawa dunia kepada kebangkitan Dajjal. Persiapan demi persiapan, segala isyarat dan lentera akhir zaman sudah dinyalakan. Dua pertembungan dahsyat, perang Armageddon bakal mencetus huru hara yang memuncak. Apakah ianya masih jauh, atau kitakah yang terlena dibuai mimpi Iblis di siang hari. Tombak dan pedang dijulang, Panji tauhid sedang bergerak menjalar di seluruh penjuru dunia. Bersediakan kita dengan semboyan akhir zaman yang pantas berputar mengakhiri plot taqdir yang telah ditentukan Tuhan? Kita di sebelah pihak mana? Al Mahdi atau Dajjal? Kalimah apakah yang sentiasa membekas di hati dan jiwamu nanti? Allahuakbar atau ..............? Bencana 20:20 sebuah nota yang menjulang kembali kesedaran bahawa kita sudah berada di pinggir zaman yang bakal berakhir. Ya, bakal berakhir. Dimana dan Bagaimana persiapan aku, kamu dan dia?
ISI KANDUNGAN
Antara Kupasan (cadangan): 1. Penghujung Tahun 2019 : Benarkah bermulanya kemarau berpanjangan ? 2. Tahun keresahan, Tragedi Dahsyat di padang Arafah 3. Gerakkan Panji Hitam sudah bersedia ? Dimanakah mereka? 4. Ketika Ombak Mega tidak lagi punya petanda 5. Tiba –tiba Munculnya api aneh di Tanah Arab? Apakah petandanya? 6. Pabila Tanah Arab menghijau, apa yang akan muncul ? 7. Tatkala ramai lelaki menjadi perempuan maka …. 8. Meteor sedang menuju ke Bumi, Benarkah ramalan NASA? 9. Apabila terbunuhnya raja yang bernama sempena “Binatang”. 10. Tandusnya Tasik Tabari, salah satu pertanyaan Dajjal. 11. Pohon Gharqad, kenapa semakin banyak ditanam? 12. “Viral” Senjata Dajjal 13. Penguasa Berhala Idola : Mistik sebuah Khayalan 14. Rahsia Dabbatul Ardh : Binatang petah berbicara. 15. Teknologi Digital hancur, bilakah akan terjadinya? 16. Adakah Anda bakal bertemu dengan Nabi Isa AS? 17. Firaun yang dihidupkan kembali? 18. Kerajaan Mekah dan Madinah : Tatkala diambang penguasaan Malaikat 19. Al-Quran mula lenyap, sebesar angka 20 Juta? 20. Zaman kebangkitan Pemimpin Keldai, Bilakah? 21. Dajjal menetap dekat dengan kamu, dia dimana? dan banyak lagi.