Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Hasan al-Basri berkata: “Aku tidak dapati mana-mana ibadat lebih payah daripada solat di tengah malam. Ditanya kepadanya: Bagaimana keadaan ahli tahajjud yang muka mereka sangat bersih? Jawabnya: Kerana mereka berkhalwat dengan Tuhan yang Rahman, lantas dipakaikan kepada mereka daripada cahaya-Nya.” Abu Sulaiman al-Darani berkata: “Ahli qiamullail dalam malam mereka lebih lazat daripada ahli lagha dalam kelalaian mereka dan kalaulah tidak kerana malam nescaya aku tidak suka untuk kekal di dunia ini.”
DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI dilahirkan di Terengganu. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Madinah dalam bidang syariah. Berpeluang belajar secara talaqqi dengan beberapa ulama besar di Madinah. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke Jordan dan di peringkat Sarjana (Master) di Syria, seterusnya di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (sejak 2000) dan Terengganu (sejak 2005) dan Pengerusi Majlis Syariah Bank Pertanian Malaysia (sejak 2006).
KANDUNGAN BUKU
Buku kecil ini digarap untuk membincangkan secara khusus tentang qiamullail dan solat tahajjud dari segi hukum, kelebihan, permasalahan, cara-cara dan sebagainya. Semoga buku ini dapat memberi manfaat dan galakan kepada kita semua dalam menambahkan lagi amalan sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan kefahaman yang lebih jelas.