Maklumat Produk
Description
(SIRI 1) MEE, BIHUN & KUEH TIOW
SEKARANG: RM 5.00 (-0%)
AHLI: RM 5.00 (-0%)
MAKLUMAT PRODUK
"Kuih-muih sentiasa menjadi pilihan terutama waktu sarapan dan minum petang. Di merata tempat ada orang menjual kuih tetapi ada kalanya tidak menepati citarasa. Jadi, apa kata cuba 25 resipi di dalam buku ini dan anda boleh ubahsuai mengikut kesukaan, seperti mengurangkan gula atau garam, menambah kelapa atau membuat dalam jumlah yang banyak (namun tak mahal) untuk majlis meraikan sesuatu. Membuat Pulut Serawa Durian, Kuih Lopes atau Dodol Kentang memang mudah apabila mengikut kaedah yang betul. Kalau teringin makan Puding Raja atau Satar (tidak dijual di sesetengah tempat) boleh ikuti resipi-resipinya. Yang penting, kita buat sendiri untuk sajian keluarga atau tetamu. Kuih-muih savuri seperti Getuk Keledek, Otak-otak Ikan atau Vade Urad Dhal sesuai bagi mereka yang tidak suka kuih-muih manis. Jika dibuat banyak dan dibekukan, ia boleh dijadikan hidangan buat tetamu dan juga dijual bagi menambah pendapatan. Kebanyakan resipi adalah mudah dibuat dan murah harganya. Jadi, berbaloi kalau dibuat sendiri. Anak-anak dan suami atau isteri juga boleh membawanya ke sekolah atau pejabat. Malah saya sendiri pernah membuat Kuih Lapis dan Kuih Rengas untuk dijual di ofis. Buku kuih-muih ini pasti menggembirakan kerana ia boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu atau ayah-ayah memasak sendiri di dapur. Bukankah lebih berkhasiat dan kebersihan terjamin jika makanan disediakan di rumah? Jom beli. Jom cuba.
"• Dilahirkan di Bentong, Pahang. Merupakan pelajar di Assunta Convent MGS Kuantan. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom. Pernah bekerja di firma swasta serta menjadi guru sandaran. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Pernah terlibat dengan projek santapan di Restoran Mamanda, Singapura. Merupakan Adjunct Lecturer di Management and Science University, Shah Alam. • Telah menulis 122 buah buku dalam pelbagai genre. Antaranya 88 buah buku masakan dan ada yang dijual di Australia. Hasil sastera yang lain termasuklah novel, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table dan majalah. Drama 20 episod yang ditayangkan di Astro adalah diinspirasikan daripada novel ‘Ulam Kasih Sambal Cinta’. • Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel dan masakan. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej dan universiti. Pernah muncul dalam lebih 100 program TV dan radio. Turut menjadi co-host “Bake & Sell” (rancangan realiti TV). Selain itu, merupakan Brand Ambassador bagi minyak masak Vesawit. • Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia. Juga aktif sebagai editor Persatuan Sejarah Selangor dan Ahli Chefs Association of Malaysia.
KANDUNGAN BUKU
"Kandungan Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Untuk Penggemar Kuih-muih 8 Ramuan yang Digunakan 12 Bingka Kacang Hijau 14 Puteri Mandi 16 Tepung Pelita 18 Lompang Berlauk 20 Apam Mekar 22 Dodol Kentang 24 Putu Piring 26 Kuih Lopes 28 Tepung Gomak 30 Otak-otak Ikan 32 Cucur Jawa 34 Kuih Cara Pedas 36 Vade Urad Dhal 38 Pulut Panggang 40 Pulut Serawa Durian 42 Keria Gula Melaka 44 Lepat Labu 46 Asam Gumpal 48 Kuih Badak Berendam 50 Puding Raja 52 Satar 54 Getuk Keledek Berempah 56 Kuih General Mahbob 58 Kuih Bakar Gula Melaka 60 Kuih Lompat Tikam "