Maklumat Produk
Description
(SIRI 1) MEE, BIHUN & KUEH TIOW
SEKARANG: RM 5.00 (-0%)
AHLI: RM 5.00 (-0%)
MAKLUMAT PRODUK
"Sebagai orang Asia, nasi merupakan makanan ruji. Nasi amat popular sehingga ada yang menyajikannya untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Malah ada orang tidak kenyang kalau tidak makan nasi. Begitulah besarnya pengaruh nasi. Pelbagai resipi nasi ada di dalam buku ini. Bagi peminat makanan Indonesia penyet, apa kata kita sediakan untuk keluarga (dengan harga yang berpatutan). Bukan itu saja, ada Nasi Luwet, Nasi Uduk dan Nasi Ambeng yang sudah sekian lama diperkenalkan oleh masyarakat Indonesia. Kalau hendak sesuatu yang berlainan, boleh cuba Pai Nasi atau Paella. Terdapat juga nasi yang terkenal untuk sarapan seperti Nasi Kerabu atau Nasi Minyak. Selain itu, Nasi Lemuni dan Nasi Ulam sesuai bagi mereka yang inginkan juadah berkhasiat kerana kedua-duanya diperbuat dengan dedaun herba. Gembirakan hati keluarga dan rakan taulan dengan beraneka nasi goreng yang terkenal. Contohnya, Nasi Goreng USA (nama ‘USA’ ada campuran ‘U’dang, ‘S’otong dan ‘A’yam tetapi sudah berubah sekarang) atau Nasi Goreng Kimchi yang pasti menjadi idaman peminat K-Pop dan K-Drama. Saya harap anda teruja dengan pelbagai pilaf, beriyani dan bermacam resipi ciptaan saya. Jom variasikan nasi dalam hidangan anda dengan pilihan enak dan mudah disediakan!
"• Dilahirkan di Bentong, Pahang. Merupakan pelajar di Assunta Convent MGS Kuantan. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom. Pernah bekerja di firma swasta serta menjadi guru sandaran. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Pernah terlibat dengan projek santapan di Restoran Mamanda, Singapura. Merupakan Adjunct Lecturer di Management and Science University, Shah Alam. • Telah menulis 122 buah buku dalam pelbagai genre. Antaranya 88 buah buku masakan dan ada yang dijual di Australia. Hasil sastera yang lain termasuklah novel, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table dan majalah. Drama 20 episod yang ditayangkan di Astro adalah diinspirasikan daripada novel ‘Ulam Kasih Sambal Cinta’. • Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel dan masakan. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej dan universiti. Pernah muncul dalam lebih 100 program TV dan radio. Turut menjadi co-host “Bake & Sell” (rancangan realiti TV). Selain itu, merupakan Brand Ambassador bagi minyak masak Vesawit. • Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia. Juga aktif sebagai editor Persatuan Sejarah Selangor dan Ahli Chefs Association of Malaysia.
KANDUNGAN BUKU
"Kandungan Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Resipi Nasi Mesti Cuba 8 Ramuan yang Digunakan 12 Nasi Kerabu 14 Nasi Ayam Hainan 16 Nasi Goreng Cendawan 18 Nasi Lemuni 20 Beriani Kacang Dal 22 Nasi Goreng USA 24 Pilao Channa 26 Paella 28 Nasi Ulam 30 Nasi Minyak 32 Nasi Hujan Panas 34 Nasi Goreng Kerabu 36 Nasi Seri Manis 38 Pilaf Nanas 40 Pai Nasi 42 Nasi Ayam Penyet 44 Nasi Luwet 46 Beriani Kuning 48 Nasi Ambeng 50 Nasi Kandar 52 Bibimbap 54 Nasi Goreng Kimchi 56 Beriani Udang 58 Nasi Uduk 60 Pilaf Kambing "