Maklumat Produk
Description
(SIRI 1) MEE, BIHUN & KUEH TIOW
SEKARANG: RM 5.00 (-0%)
AHLI: RM 5.00 (-0%)
MAKLUMAT PRODUK
"Sudah ketandusan idea untuk memasak Mi, Kuetiau atau Mihun? Tidak lagi dengan pilihan 25 resipi di dalam buku ini. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan kaedah memasak yang dilengkapi foto langkah-demi-langkah ini pasti menggembirakan sesiapa saja untuk mencubanya. Mi, Kuetiau atau Mihun memang pilihan di sebarang majlis. Ada di antara kita juga ingin sediakan sesuatu yang ringkas untuk keluarga terutama pada hujung minggu. Lazimnya hidangan nasi bersama pelbagai lauk-pauk memakan masa yang lama. Kaedah memasak beberapa sajian Kuetiau atau Mihun hanya perlukan sebuah kuali atau periuk saja. Jadi, ternyata menjimatkan masa. Mi Jawa atau Mihun Rebus Tulang merupakan kegemaran ramai. Bagi yang ingin mengubah selera, boleh cuba Mi Sup Jepun, Spageti Marinara atau Pasta Roda Pesto dengan Walnat. Ada juga beraneka laksa seperti Laksa Siam, Laksa Kuah Lemak atau Laksa Sarawak. Peminat tegar K-drama atau K-pop pasti teruja dengan Japchae (Suhun Korean Goreng) atau Jajangmyeon. Mudah juga rupa-rupanya untuk membuat Mi Kolok atau Kuetiau Ladna dan Yee Mi Telur. Jadi, sediakanlah yang terbaik untuk keluarga dan rakan-taulan dengan resipi-resipi di dalam buku ini. Yang penting, ia Pasti Jadi!
"• Dilahirkan di Bentong, Pahang. Merupakan pelajar di Assunta Convent MGS Kuantan. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom. Pernah bekerja di firma swasta serta menjadi guru sandaran. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Pernah terlibat dengan projek santapan di Restoran Mamanda, Singapura. Merupakan Adjunct Lecturer di Management and Science University, Shah Alam. • Telah menulis 122 buah buku dalam pelbagai genre. Antaranya 88 buah buku masakan dan ada yang dijual di Australia. Hasil sastera yang lain termasuklah novel, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table dan majalah. Drama 20 episod yang ditayangkan di Astro adalah diinspirasikan daripada novel ‘Ulam Kasih Sambal Cinta’. • Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel dan masakan. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej dan universiti. Pernah muncul dalam lebih 100 program TV dan radio. Turut menjadi co-host “Bake & Sell” (rancangan realiti TV). Selain itu, merupakan Brand Ambassador bagi minyak masak Vesawit. • Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia. Juga aktif sebagai editor Persatuan Sejarah Selangor dan Ahli Chefs Association of Malaysia.
KANDUNGAN BUKU
"Kandungan Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Mi,Mihun & Kuetiau Kegemaran 8 Ramuan yang Digunakan 12 Mi Goreng Mamak 14 Laksa Johor 16 Pan Mee Ketam 18 Laksam 20 Mi Jawa 22 Spageti Carbonara 24 Laksa Siam 26 Kuetiau Ladna 28 Japchae (Suhun Korean Goreng) 30 Fettucine Aglio Olio 32 Mi Sup Jepun 34 Jajangmyeon 36 Laksa Sarawak 38 Mi Kolok 40 Yee Mee Telur 42 Pasta Roda Pesto dengan Walnat 44 Mi Gulung 46 Mihun Calong 48 Kerabu Suhun Vietnam 50 Lo Mein Ayam 52 Kuetiau Udang 54 Mihun Rebus Tulang 56 Mi Sotong Penang 58 Spageti Marinara 60 Laksa Kuah Lemak