Maklumat Produk
Description
(SIRI 1) MEE, BIHUN & KUEH TIOW
SEKARANG: RM 5.00 (-0%)
AHLI: RM 5.00 (-0%)
MAKLUMAT PRODUK
"Menggoreng adalah di antara teknik memasak yang boleh dikatakan paling mudah. Kesemua 25 resipi di dalam buku ini mampu memenuhi citarasa semua. Selain savuri seperti Rol Sardin, Kebab Kambing dan lain-lain, ada Aiskrim Goreng dan Oreo Goreng. Sungguh unik, bukan? Kebanyakan masakan untuk digoreng boleh disediakan terlebih dahulu. Ia boleh disimpan di dalam peti pembeku, dikeluarkan dan dicelup di dalam bater sebelum digoreng. Ada juga yang boleh digoreng sekejap (separuh masak) kemudian dibekukan. Apabila hendak makan, barulah digoreng sehingga keemasan. Gunakan minyak berkualiti tinggi supaya gorengan lebih rangup dan enak. Petua apabila menggoreng – apabila hendak memasukkan sesuatu, biar beberapa saat dengan sebahagiannya terendam di dalam minyak panas sebelum ‘melepaskan’ ia ke dalam minyak. Ini untuk mengelak ia daripada melekat di dasar kuali. Apabila menggoreng, pastikan juga minyak cukup panas. Jika tidak, minyak akan meresap ke dalam bahan yang digoreng. Ini pula boleh menyebabkan ia sukar garing dan tidak rangup. Pilihlah kuali atau periuk berdasar berat yang boleh memastikan suhu menggoreng lebih stabil. Adunan paling penting apabila menggoreng adalah ‘Bahan Salutan’ atau dikenali sebagai bater. Pastikan ia cukup pekat supaya dapat menyalut bahan dengan sempurna sebelum digoreng. Namun bater yang terlalu pekat akan menghalang bahan ‘masak’. Selain itu, bater yang cair akan membuat salutan nipis. Raikan sajian setiap waktu dengan pelbagai snek gorengan seperti Tauhu Begedil Daging, Mozarella Goreng atau Udang Sanggul. Anda akan terpesona dengan betapa sedap dan mudahnya untuk menyediakan masakan bergoreng!
"• Dilahirkan di Bentong, Pahang. Merupakan pelajar di Assunta Convent MGS Kuantan. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom. Pernah bekerja di firma swasta serta menjadi guru sandaran. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Pernah terlibat dengan projek santapan di Restoran Mamanda, Singapura. Merupakan Adjunct Lecturer di Management and Science University, Shah Alam. • Telah menulis 122 buah buku dalam pelbagai genre. Antaranya 88 buah buku masakan dan ada yang dijual di Australia. Hasil sastera yang lain termasuklah novel, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table dan majalah. Drama 20 episod yang ditayangkan di Astro adalah diinspirasikan daripada novel ‘Ulam Kasih Sambal Cinta’. • Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel dan masakan. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej dan universiti. Pernah muncul dalam lebih 100 program TV dan radio. Turut menjadi co-host “Bake & Sell” (rancangan realiti TV). Selain itu, merupakan Brand Ambassador bagi minyak masak Vesawit. • Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia. Juga aktif sebagai editor Persatuan Sejarah Selangor dan Ahli Chefs Association of Malaysia.
KANDUNGAN BUKU
"Kandungan Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Masakan Goreng Memikat Selera 8 Ramuan yang Digunakan 12 Roti Goreng Berkeju 14 Jejari Daging Goreng 16 Segi Tiga Sardin 18 Dadar Berinti Kacang Merah 20 Bebola Kambing Bersos Dadih 22 Wantan Tigasegi 24 Oreo Goreng 26 Popia Rangup 28 Sate Ayam Berudang 30 Kambing Bersalut Parmesan 32 Jejari Ikan Berkelapa 34 Bebola Donat dengan Sos Kacang 36 Jejari Mozarella Goreng 38 Bawang Gelang Goreng 40 Aiskrim Goreng 42 Snickers Goreng 44 Tempura Buah-buahan 46 Tauhu Bergedil Ayam 48 Kepingan Daging Rangup 50 Kek Ikan 52 Ikan Goreng Chettinad 54 Doh Biskut Goreng 56 Cucur Jagung Rangup 58 Jejari Pastri dengan Sos Pencicah Tomato 60 Udang Sanggul "